Pengepungan Klis
| Pengepungan Klis Pertempuran Klis | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Sebahagian daripada Perang Croatia-Uthmaniyyah dan Perang Habsburg-Uthmaniyyah | |||||||
Petar Kružić menentang Uthmaniyyah | |||||||
| |||||||
| Pihak yang terlibat | |||||||
|
Garrison dikepung: Kerajaan Beraja Croatia Pasukan bantuan: Kerajaan Beraja Croatia Empayar Suci Rom Negeri-negeri Paus |
Tentera yang mengepung: Empayar Uthmaniyyah Pasukan bantuan: Empayar Uthmaniyyah | ||||||
| Komandan dan pemimpin | |||||||
|
Petar Kružić † Niccolo dalla Torre Jacomo Dalmoro d'Arbe |
Murat-beg Tardić Malkoč-beg | ||||||
| Kekuatan | |||||||
|
| ||||||
| Kerugian dan korban | |||||||
| 15,000 | 1,000 | ||||||
Pengepungan Klis atau Pertempuran Klis ([Opsada Klisa atau Bitka kod Klisa] Error: {{Lang-xx}}: text has italic markup (help), Turki: Klise Kuşatması) merujuk pada satu pengepungan ke atas Kota kubu Klis yang terletak dalam Kerajaan Beraja Croatia dalam Monarki Habsburg. Pengepungan kubu ini yang berlarutan lebih dua dekad, dan pertempuran terakhir yang terjadi berdekatan Klis pada tahun 1537, merupakan salah sebuah pertempuran dan Perang Habsburg-Uthmaniyyah iaitu antara pasukan Croatia-Habsburg yang diketuai oleh seorang lord feudal Croatia yang bernama Petar Kružić, dengan tentera Uthmaniyyah di bawah kepimpinan jeneral Uthmaniyyah, Murat-beg Tardić.
Selepas kemenangan muktamad Uthmaniyah di Pertempuran Medan Krbava pada tahun 1493, dan terutamanya selepas Pertempuran Mohács pada tahun 1526, orang Croats terus mempertahankan diri diri dengan menentang serangan Uthmaniyyah. Penaklukan Uthmaniyah pada tahun-tahun awal pada kurun ke-16 telah mencetuskan formasi Uskoks, yang mana diketuai oleh kapten Croatia, Petar Kružić. Beliau juga dikenali sebagai (Putera Klis). Sebagai sebahagian daripada sistem pertahanan Habsburg, Uskoks menggunakan pangkalan di Klis sebagai sebuah kedudukan pertahanan yang penting. Mereka berjuang hampir bersendirian menentang Uthmaniyah, dan selama lebuh dua dekad mempertahankan kubu ini dari serangan Uthmaniyah.
Selepas pertempuran terkahir yang mana membawa kemenangan kepada Uthmaniyah dan kematian Petar Kružić, yang mana kekurangan bekalan air, akhirnya menyerah diri kepada Uthmaniyah sebagai pertukaran dengan kebebasan mereka pada 12 Mac 1537. Para penduduk melarikan diri daripada kota, sementara Uskoci berunduru ke kota Senj, di mana mereka terus berjuang dalam menentang tentera Uthmaniyah. Klis menjadi sebuah pusat pentadbiran atau sanjak (Kilis Sancağı) bagi Eyalet Bosnia, dan kekal sebegitu selama satu kurun.