Pengepungan Thessalonica (1422–30)
| Pengepungan Uthmaniyyah ke atas Thessalonica | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Sebahagian daripada Perang Byzantine–Uthmaniyyah dan Perang Uthmaniyyah–Venice | |||||||
| |||||||
| Pihak yang terlibat | |||||||
|
Empayar Byzantine (1422–23) Republik Venezia(1423–30) | Empayar Uthmaniyah | ||||||
| Komandan dan pemimpin | |||||||
| Ishak Bey | |||||||
| Kerugian dan korban | |||||||
| 2,000-7,000 rakyat dijadikan hamba. | Tidak diketahui | ||||||
Pengepungan Thessalonica yang terjadi antara tahun 1422 sehingga tahun 1430 merupakan sebuah cubaan yang berjaya dilakukan oleh Empayar Uthmaniyyah di bawah Murad II untuk mengambil alih kota Thessalonica daripada Empayar Byzantine. Pada awalnya, Sultan ingin menakluk kota ini bagi menghukum pemerintah Byzantine dari dinasti Palaiologos atas percubaan mereka untuk mencetus pemberontakan di Uthmaniyah. Pada penghujungnya, Murad II memulakan kepungan ke atas pelabuhan Thessalonica pada tahun 1422. Pada tahun 1423, pemerintah mutlak Byzantine, Andronikos Palaiologos menyerahkan kota ini kepada Republik Venice, yang mana memikul beban pertahanannya (khabar angin yang mengatakan ia dijual tidak berasas).