Perang Uthmaniyah–Venezia (1570–73)

Perang Uthmaniyah–Venezia Keempat
Sebahagian daripada Perang Uthmaniyah–Venezia

Pertempuran Lepanto
Tarikh27 Jun 1570 – 7 Mac 1573
Lokasi
Keputusan Kemenangan Uthmaniyyah
Perubahan
wilayah
Cyprus di bawah pemerintahan Uthmaniyyah
Pihak yang terlibat
Liga Suci:
 Republik Venezia
Sepanyol
 Negeri-negeri Paus
 Kerajaan Beraja Naples
 Republik Genoa
Kerajaan Beraja Sicily
Grand Duchy of Tuscany
Duchy of Urbino
 Duchy Savoy
Kesatria Malta
 Empayar Uthmaniyah
Komandan dan pemimpin
Marco Antonio Bragadin
Alvise Martinengo
Sebastiano Venier
Don John dari Austria
Marcantonio Colonna
Giovanni Andrea Doria
Jacopo Soranzo
Selim II
Piyale Pasha
Lala Kara Mustafa Pasha
Müezzinzade Ali Pasha  
Kılıç Ali Pasha

Perang Uthmaniyah–Venezia Keempat, juga dikenali sebagai Perang Cyprus (Itali: Guerra di Cipro) berlaku antara tahun 1570 sehingga 1573. Ia terjadi antara Empayar Uthmaniyah dan Republik Venezia, yang mana kemudian disertai oleh Liga Suci, sebuah perikatan negeri-negeri Kristian yang dibentuk di bawah arahan Paus, yang mana termasuk Sepanyol (dengan Naples dan Sicily), Republik Genoa, Kerajaan Savoy, Kesatria Hospitaller, Kerajaan Besar Tuscany, dan negeri-negeri lain di Itali.

Peperangan ini antara episod-episod terkemuka dari pemerintahan Sultan Selim II, telah bermula dengan serangan Uthmaniyah ke pulau milik Venezia di Cyprus. Ibu kotanya, Nicosia dan beberapa kota-kota lain jatuh dengan pantas kepada tentera darat Uthmaniyah yang lebih kuat, meninggalkan hanya kota Famagusta di tangan Venezia. Ketibaan pasukan bantuan Kristian tertunda, dan Famagusta akhirnya ditawan pada bulan Ogos 1571 selepas dikepung selama 11 bulan. Dua bulan kemudian, semasa Pertempuran Lepanto, armada laut bersatu Kristian memusnahkan armada laut Uthmaniyah, tetapi gagal mengambil kelebihan di atas kemenangan ini. Pihak Uthmaniyah dengan pantasnya membina semula angkatan laut mereka sehingga hampir mengalahkan askar Venezia lalu Venezia telah dipaksa untuk merundingkan satu perjanjian damai berasingan, menyerahkan Cyprus kepada pihak Uthmaniyah dan membayar ufti sebanyak 300,000 ducat.