Perang Seratus Tahun Croatia-Uthmaniyyah
| Perang Seratus Tahun Croatia-Uthmaniyyah | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Sebahagian daripada Perang Croatia-Uthmaniyyah, Perang Hungary-Uthmaniyyah, Perang Habsburg-Uthmaniyyah dan Perang Uthmaniyyah di Eropah | |||||||
Serbuan yang diketuai oleh Nikola Šubić Zrinski daripada kota berkubu di Szigetvár semasa Pengepungan Szigetvár | |||||||
| |||||||
| Pihak yang terlibat | |||||||
|
Sehingga 1526: Kerajaan Beraja Croatia Kerajaan Beraja Hungary |
Sehingga 1526: Empayar Uthmaniyyah | ||||||
|
Bermula 1527:
|
Bermula 1527: | ||||||
| Komandan dan pemimpin | |||||||
|
Ban Croatia, Pelbagai Lord feudal Croatia |
Sultan Uthmaniyyah, Beglerbeg Bosnia | ||||||
Perang Seratus Tahun Croatia-Uthamniyyah (Croatia: Stogodišnji hrvatsko-turski rat, Stogodišnji rat protiv Turaka, Stogodišnji rat s Osmanlijama) adalah peristiwa yang merujuk pada serangkaian konflik, kebanyakan melibatkan pertempuran kecil, ("Perang Kecil", bahasa Croatia: Mali rat) yang terjadi antara empayar Uthmaniyyah dan kerajaan beraja Croatia pada Zaman Pertengahan (dibawah pemerintahan dinasti Jagiellon dan Zápolya), dan kemudian Kerajaan Beraja Habsburg di Croatia.
Pada tahun 1519, Paus Leo X memanggil Croatia sebagai Antemurale Christianitatis, atas alasan tentera Croatia telah memberi sumbangan besar dalam pergelutan menentang Turki. Kemaraan empayar Uthmaniyah di Eropah berjaya dihentikan pada tahun 1593 di tanah Croatia (Pertempuran Sisak). Walau bagaimanapun, Empayar Muslim Uthmaniyyah berjaya menduduki sebahagian wilayah Croatia bermula pada kurun ke-16 sehingga akhir kurun ke-17.