Pengepungan Szigetvár

Pengepungan Szigetvár
Sebahagian daripada Perang Uthmaniyah–Habsburg dan Perang Uthmaniyah di Eropah

Nikola Šubić Zrinski melakukan serangan dari kubu Szigetvár (lukisan Johann Peter Krafft, 1825)
Tarikh6 Ogos 1566 – 8 September 1566
Lokasi46°03′02″N 17°47′50″E / 46.050663°N 17.797354°E / 46.050663; 17.797354
Keputusan Kemenangan Pyrrhic Uthmaniyah
Perubahan
wilayah
Uthmaniyah menawan kubu Szigetvár dan ia diletakkan di bawah pemerintahan Eyalet Budin
Pihak yang terlibat

Empayar Habsburg

Empayar Uthmaniyah

  • Hungary Timur
Komandan dan pemimpin
Nikola Šubić Zrinski  Sulaiman al-Qanuni 
Sokollu Mehmed Pasha
Kekuatan

2,300–3,000 orang Croatia dan Hungary

  • 600 sempurna pada akhir pengepungan

100,000

  • 80,000 Uthmaniyah
  • 12,000–15,000 Tatar
  • 7,000 Moldavia
  • 300 meriam
Kerugian dan korban

Semua tentera terkorban;

  • Zrinski terkorban dalam pertempuran akhir.
  • Hampir kesemua tentera bertahan terbunuh. 2,300–3,000 terkorban dalam pergelutan.

Besar;

  • Sulaiman meninggal dalam khemahnya sebelum pertempuran akhir.
  • 20,000–30,000 terkorban dan sesetengah akibat kecederaan parah dialami.

Pengepungan Szigetvár atau Pertempuran Szigeth (sebutan: [ˈsiɡɛtvaːr] Hungary: Szigetvár ostroma, Croatia: Bitka kod Sigeta; Sigetska bitka, Turki: Zigetvar Kuşatması) merupakan pengepungan kubu Szigetvár di Hungary yang telah menyekat kemaraan Sultan Sulaiman al-Qanuni menuju ke Vienna pada tahun 1566. Pertempuran ini tercetus antara pasukan bertahan iaitu Habsburg di bawah kepimpinan Nikola Šubić Zrinski (Hungary: Zrínyi Miklós) dan tentera penceroboh Uthmaniyah yang diketuai oleh Sultan Sulaiman.

Pada Januari 1566, Sultan Sulaiman pergi berperang buat kali terakhir. Pengepungan Szigetvár berlangsung dari 5 Ogos hingga 8 September 1566 telah menyaksikan kemenangan berpihak kepada Uthmaniyah walaupun kedua-dua pihak menanggung kerugian nyawa yang besar. Kedua-dua pemimpin bagi pihak masing-masing turut terkorban. Zrinski terkorban semasa pergelutan akhir manakala Sulaiman mangkat di dalam khemahnya sebelum tenteranya meraih kemenangan. Lebih daripada 20,000 tentera Uthmaniyah terkorban semasa pertempuran dan hampir seluruh pasukan pimpinan Zrinski iaitu 2,300 tentera yang bertahan terbunuh manakala 600 orang terakhir terkorban pada hari terakhir. Walaupun pertempuran ini dimenangi oleh Uthmaniyah, ia telah menghalang kemaraan Uthmaniyah ke Vienna pada tahun itu. Vienna tidak diancam lagi sehingga Pertempuran Vienna berlaku pada tahun 1683.

Kepentingan pertempuran ini sangat besar sehinggakan seorang pendeta Perancis, Cardinal Richelieu dilaporkan pernah menerangkan bahawa "pertempuran ini telah menyelamatkan peradaban (Barat)". Pertempuran ini masih terkenal di Croatia dan Hungary dan telah mempengaruhi karya epik Hungary, The Siege of Sziget dan opera Croatia, Nikola Šubić Zrinski.