Pertempuran Preveza
| Pertempuran Preveza | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Sebahagian daripada Perang UthmaniyyahâVenezia Ketiga | |||||||
Lukisan Pertempuran Preveza oleh Ohannes Umed Behzad yang dilukis pada 1866. | |||||||
| |||||||
| Pihak yang terlibat | |||||||
|
Liga Suci: | Empayar Uthmaniyyah | ||||||
| Komandan dan pemimpin | |||||||
|
Ferrante I Gonzaga Andrea Doria | Hayreddin Barbarossa | ||||||
| Kekuatan | |||||||
|
112 gali, 50 geliung, 140 kapal layar, 60,000 tentera. |
122 gali dan galiot, 12,000 tentera. | ||||||
| Kerugian dan korban | |||||||
|
13 kapal tertewas (10 kapal karam, 3 kapal terbakar); |
Tiada kapal yang tertewas; ~400 terkorban; ~800 tercedera. | ||||||
Pertempuran Preveza merupakan pertempuran laut yang tercetus pada 28 September 1538 berhampiran Preveza di Greece antara angkatan laut Empayar Uthmaniyyah dan pakatan Kristian yang dihimpunkan oleh Paus Paul III. Angkatan Laut Uthmaniyyah berjaya menumpaskan pakatan tersebut di tempat yang sama pernah menyaksikan Pertempuran Actium di Laut Ionia pada tahun 31 Sebelum Masihi. Pertempuran ini merupakan salah satu daripada tiga pertempuran laut terbesar yang berlaku pada abad ke-16 di Mediterranean.