Perang Habsburg-Uthmaniyah

Perang Habsburg-Uthmaniyyah
Sebahagian daripada Perang Uthmaniyah di Eropah

Pertempuran Lepanto (1571) di sebuah lukisan oleh artis tidak diketahui pada akhir kurun ke-16 (Muzium Maritim Kebangsaan)
Tarikh1526 (Pertempuran Mohács) sehingga 1791 (Perjanjian Sistova) (265 tahun)
Lokasi
Hungary, Mediterranean, Balkan, Afrika Utara dan Malta
Keputusan Tamatnya perluasan Uthmaniyyah, Habsburg menakluk Hungary dan Transylvania daripada Uthmaniyah, akhirnya kejatuhan kedua-dua empayar Uthmaniyah dan Habsburg.
Pihak yang terlibat

Dinasti Habsburg:  Empayar Suci Rom

 Empayar Sepanyol

Sekutu bukan-Habsburg:
Moldavia
Transylvania
 Wallachia
Tsardom Rusia
Cossack Hetmanate (Vassal Muscovite dan Poland)

Sekutu Liga Suci:
Komanwel Poland–Lithuania
Duchy Mantua
 Republik Venezia

Golongan Saint John

 Empayar Uthmaniyah
Vassal:

Perang Habsburg-Uthmaniyah merujuk pada siri-siri pertempuran yang bermula pada kurun ke-16 sehingga kurun ke-18 antara Empayar Uthmaniyah dengan Habsburg (kemudian Empayar Austria), yang disokong oleh Empayar Suci Rom, Kerajaan Beraja Hungary dan Habsburg Sepanyol. Medan peperangan banyak terjadi dalam kempen-kempen daratan di Hungary (termasuk Transylvania dan Vojvodina), Croatia dan Serbia Tengah.

Menjelang kurun ke-16, Uthmaniyah menjadi ancaman serius kepada kuasa-kuasa Eropah, apabila kapal-kapal Uthmaniyah menyapu bersih pegangan wilayah Venice di Laut Aegea dan Laut Ionia; manakala kapal-kapal privatir Barbar yang disokong oleh Uthmaniyah pula merampas pegangan Sepanyol di Maghreb. Pembaharuan Protestant, Persaingan Habsburg-Perancis dan pelbagai konflik saudara di Empayar Suci Rom mengalih perhatian pihak Kristian daripada konflik mereka dengan Uthmaniyah. Sementara itu, Uthmaniyahjuga terpaksa berhadapan dengan Empayar Safavid Parsi serta Kesultanan Mamluk Mesir, yang mana berjaya dikalahkan dan digabungkan ke dalam empayar Uthmaniyah.