Raja Abdul Rahman
Yamtuan Muda Riau VII Raja Abdul Rahman Ibni Yamtuan Muda Riau VI Raja Ja'afar
ialah Yang di-Pertuan Muda Riau ke-7. Dilantik pada tahun 1831 menggantikan ayahandanya, Yang di-Pertuan Muda Riau keenam Raja Ja'afar Ibni Raja Haji Fisabilillah. oleh Sultan Muhammad Shah. Bermula daripada baginda, semua Yang di-Pertuan Muda selepas baginda ialah keturunan Daeng Chelak, Yang Dipertuan Muda II. Pada zaman pentadbiran baginda, lanun-lanun sangat berleluasa tetapi berjaya dihapuskan secara berperingkat peringkat dengan bantuan pihak Belanda.