Monolingualisme

Monoglottisme (akar bahasa Yunani μόνος monos, "sendiri, bersendirian", + γλῶττα glotta, "lidah, bahasa") atau juga lebih lazimnya monolingualisme atau unilingualisme merujuk kepada kemampuan bertutur hanya dalam satu bahasa sahaja. Dalam konteks tertentu, "unilingualisma" juga mungkin merujuk kepada satu polisi bahasa yang menguatkuasakan satu bahasa digunakan sebagai simbol kebangsaan atau secara rasmi melebihi bahasa-bahasa yang lain.

Berkeadaan monolingual atau unilingual juga dikatakan sebagai teks, kamus atau perbualan yang ditulis atau diadakan dalam hanya satu bahasa, dan sebagai satu entiti di mana satu bahasa sama ada digunakan atau diiktiraf sebagai rasmi (terutamanya apabila dibandingkan dengan entiti bilingual atau pelbagai bahasa atau di dalam kehadiran individu-individu berbahas dalam bahasa-bahasa berbeza). Diingatkan bahawa monoglottisme hanya boleh merujuk kepada kekurangan kebolehan untuk berbahas dalam pelbagai bahasa. Bilangan penutur pelbagai bahasa melebihi bilangan penutur monolingual dalam populasi dunia.

Suzzane Romaine mengatakan, dalam buku 1995-nya Bilingualism, bahawa ia pasti pelik untuk menjumpai sebuah buku bertajuk Monolingualisme. Pernyataan ini mencerminkan andaian tradisional yang teori-teori linguistik sering mengambil: bahawa monolingualisme itu biasa. Oleh demikian, monolingualisme jarang menjadi subjek penerbitan ilmiah, kerana ia dipandang sebagai konsep tidak ditanda atau prototaip di mana monolingualisme mempunyai sifat menjadi biasa dan multilingualisme ialah pengecualian.

Andaian monolingualisme normatif juga sering menjadi pandangan penutur monolingual yang berbahas dalam sebuah bahasa global, seperti bahasa Inggeris. Crystal (1987) mengatakan bahawa andaian ini dipakai oleh ramai dalam masyarakat Barat. Satu penjelasan diberikan oleh Edwards, yang pada tahun 2004, mendakwa bukti "pemikiran monolingual" dapat dikesan balik sehingga Eropah abad ke-19, apabila bangsa tersebut mengembang dan satu kumpulan berkuasa mempunyai kawalan, dan pemikiran Eropah atas bahasa dibawa kepada koloni-koloni mereka, lagi meneruskan pemikiran monolingual.

Satu penjelasan yang lain ialah bangsa-bangsa yang berbahas dalam bahasa Inggeris adalah kedua-dua "pencipta dan penerima manfaat oleh bahasa Inggeris sebagai bahasa global" dan populasi dalam bangsa-bangsa tersebut kebanyakaannya monolingual.