Vigneswaran Sanasee
Vigneswaran a/l Sanasee Thevar ச. விக்னேஸ்வரன் | |
|---|---|
| Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Selatan | |
| Menyandang jawatan 13 November 2021 | |
| Perdana Menteri | Ismail Sabri Yaakob |
| Didahului oleh | Samy Vellu |
| Menyandang jawatan 14 Julai 2018 | |
| Didahului oleh | Subramaniam Sathasivam |
| Dalam jawatan 26 April 2016 – 22 Jun 2020 | |
| Raja | Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah |
| Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
| Didahului oleh | Abu Zahar Ujang |
| Digantikan oleh | Rais Yatim |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Kota Raja | |
| Dalam jawatan 2004–2008 | |
| Didahului oleh | Konstituensi baharu |
| Digantikan oleh | Siti Mariah Mahmud (PAS) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | S. Vigneswaran a/l M. Sanasee 16 Disember 1965 Kuala Lumpur, Malaysia |
| Kerakyatan | Malaysia |
| Parti politik | Barisan Nasional MIC |
| Pasangan | Puan Sri Datin Sri Susita Periasamy |
| Tempat belajar | Universiti Staffordshire Universiti Malaya |
| Pekerjaan | Peguam |
Tan Sri Dato' Sri Sri S. Vigneswaran a/l Sanasee Thevar (Tamil: ச. விக்னேஸ்வரன், Sa. Vikṉēsvaraṉ; lahir 16 Disember 1965) ialah seorang ahli politik Malaysia yang kini berkhidmat sebagai Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Selatan sejak November 2021 dan Presiden ke-10 Kongres India Malaysia (MIC) sejak Julai 2018, iaitu parti komponen kepada Barisan Nasional.
Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara Malaysia ke-17 dari April 2016 hingga Jun 2020, Senator dari Jun 2014 hingga Jun 2020, dan juga sebagai Ahli Parlimen Kota Raja dari Mac 2004 hingga Mac 2008.