Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail

Sultan Iskandar
Yang di-Pertuan Agong Malaysia
Pemerintahan26 April 1984 – 25 April 1989
Pertabalan15 November 1984
Didahului olehSultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah (Sultan Pahang)
Diikuti olehSultan Azlan Muhibbuddin Shah (Sultan Perak)
Perdana MenteriMahathir Mohamad
Sultan Johor
Pemerintahan11 Mei 1981 – 22 Januari 2010
Didahului olehSultan Ismail
Diikuti olehSultan Ibrahim
Menteri Besar
Tunku Mahkota Johor
Pemerintahan8 Mei 1959 – 10 Ogos 1961 (kali pertama)
29 April 1981 – 10 Mei 1981 (kali kedua)
Raja Muda Johor
Pemerintahan1 Disember 1966 – 29 April 1981
KeputeraanTunku Mahmood Iskandar ibni Sultan Ismail
(1932-04-08)8 April 1932
Istana Semayam, Johor Bahru, Johor, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu, Tanah Melayu British
Kemangkatan22 Januari 2010(2010-01-22) (umur 77)
Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru, Johor, Malaysia
Pemakaman23 Januari 2010
Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor, Malaysia
Pasangan1. Khalsom binti Abdullah (née Josephine Ruby Trevorrow) (k. 1956; c. 1962)
2. Sultanah Zanariah (k. 1961; b. 2010)
Anakanda1. Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah
2. Tunku Zabedah Aminah Maimunah Iskandariah
3. Sultan Ibrahim
4. Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
5. Tunku Mariam Zaharah
6. Tunku Noraini Fatimah
7. Tunku Maimunah Ismailiah
8. Tunku Abdul Majid Idris Ismail Ibrahim
9. Tunku Muna Najiah
10. Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahira Iskandariah
Nama diraja
Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail
WangsaWangsa Temenggung
AyahandaSultan Ismail
BondaSultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Ahmad
AgamaSunni Islam

Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail (8 April 1932 – 22 Januari 2010) ialah Sultan Johor Moden ke-4 dari tahun 1981 hingga tahun 2010. Baginda juga merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-8 dari tahun 1984 hingga tahun 1989.

Anakanda-anakanda baginda telah berkahwin dengan kerabat diraja negeri-negeri lain dalam Malaysia. Puteri sulung baginda, Tunku Kamariah berkahwin dengan Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah. Pengganti dan putera sulung baginda, Sultan Ibrahim berkahwin dengan seorang kerabat diraja Perak, Raja Zarith Sofiah. Puteri baginda, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkahwin dengan Sultan Pahang, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Putera baginda, Tunku Abdul Majid berkahwin dengan seorang kerabat diraja Kedah, Tunku Teh Mazni.

Seperti nendanya, Sultan Ibrahim Al-Masyhur, kebebasan buah fikiran baginda adakalanya menimbulkan ketegangan hubungan dengan kerajaan persekutuan Malaysia, lebih-lebih lagi ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia di mana baginda sendiri terlibat dalam beberapa peristiwa yang menarik perhatian awam. Walau bagaimanapun, terdapat pihak yang percaya bahawa baginda mempunyai sifat panas baran dengan merujuk kepada catatan peristiwa pahit sepanjang hayat baginda termasuk dilucutkan jawatan sebagai Tunku Mahkota Johor oleh ayahandanya, Sultan Ismail pada tahun 1961 dan beberapa perbuatan jenayah yang berlaku dari tahun 1970-an hingga tahun 1990-an yang disiarkan dalam akhbar sehingga menimbulkan kemarahan orang awam.

Sewaktu baginda muda dahulu, baginda lebih dikenali dengan nama "Mahmood" atau nama penuhnya "Mahmood Iskandar". Walaupun nama "Mahmood" itu tidak lagi dipakai sejak baginda menaiki takhta pada tahun 1981, namun ramai pihak selalu merujuk baginda dengan nama penuh "Mahmood Iskandar".