Makam Diraja Bukit Mahmoodiah

Makam Diraja Bukit Mahmoodiah
مقام دراج بوکيت محموديه
Maklumat umum
JenisMakam, perkuburan Islam
LokasiJohor Bahru
NegaraMalaysia
Koordinat1°27′50.4″N 103°44′53.1″E 
Pembinaan bermula1895
sunting · sunting di Wikidata

Makam Diraja Bukit Mahmoodiah ialah sebuah Makam DiRaja Johor yang terletak di Jalan Mahmoodiah, Johor Bahru, Malaysia. Makam tersebut terdiri daripada dua bahagian iaitu bangunan utamanya yang berkubah yang menempatkan makam Almarhum Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan-Sultan & Sultanah-Sultanah Johor yang telah mangkat dan beberapa orang Kerabat DiRaja Johor serta pembesar-pembesar negeri. Di bahagian luar dan belakang Makam Diraja pula terdapat kawasan perkarangan bertembok yang juga dipanggil Makam Kota Raja yang menempatkan makam kerabat-kerabat DiRaja serta pembesar-pembesar negeri yang lain.