Sultanah Zanariah
| Tunku Puan Zanariah Iskandar | |
|---|---|
| Raja Permaisuri Agong | |
| Pemerintahan | 26 April 1984 - 25 April 1989 |
| Didahului oleh | Tengku Ampuan Afzan |
| Diikuti oleh | Tuanku Bainun |
| Sultanah Johor | |
| Pemerintahan | 11 Mei 1981 – 22 Januari 2010 |
| Didahului oleh | Sultanah Nora |
| Diikuti oleh | Raja Zarith Sofiah (sebagai Permaisuri Johor) |
| Keputeraan | Tengku Zanariah binti Tengku Long Ahmad 5 Julai 1940 Istana Dusun Green, Pasir Mas, Kelantan |
| Kemangkatan | 17 Mac 2019 (umur 78) Johor Bahru, Johor |
| Pemakaman | 18 Mac 2019 Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru |
| Pasangan | Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail |
| Anakanda | Tunku Mariam Zaharah, Tunku Noraini Fatimah, Tunku Maimunah Ismailiah, Tunku Abdul Majid Idris Ismail Ibrahim, Tunku Muna Najiah, Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahira Iskandariah
|
| Ayahanda | Tengku Long Ahmad bin Tengku Abdul Ghaffar |
| Bonda | Che Puan Hajah Fatimah binti Dato' Abdul Hamid |
Tunku Puan Zanariah Iskandar (Jawi: تٮكو ڤوان زنرياه إسکندر; lahir Tengku Zanariah binti Tengku Long Ahmad; 5 Julai 1940 – 17 Mac 2019) dahulunya dikenali sebagai Sultanah Zanariah merupakan suri kedua kepada Sultan Johor era moden ke-4, Sultan Iskandar daripada perkahwinan mereka pada tahun 1961 sehingga kemangkatan suami baginda pada tahun 2010. Baginda berasal daripada keluarga DiRaja Kelantan. Baginda merupakan puteri kepada Tengku Panglima Raja Tengku Long Ahmad bin Tengku Temenggong Tengku Long Abdul Ghaffar Ibni Sultan Muhammad II (Long Senik Mulut Merah). Ayahanda baginda, Tengku Panglima Raja Tengku Long Ahmad adalah individu yang memahkotakan dua orang Al-Sultan Kelantan. Baginda pernah berkhidmat sebagai Raja Permaisuri Agong antara tahun 1984 dan 1989.