Ranma ½

Ranma ½
Ranma ½
GenreAksi, Seni bela diri, Harem, Komedi
Manga
Ranma ½
PengarangRumiko Takahashi
Penerbit Shogakukan
Penerbit Lain VIZ Media
Egmont
Star Comics
Editorial Toukan
Glénat
Egmont Kärnan AB
Egmont Kustannus
Ivrea
Egmont
Sakura Press
Tora Aman
Anime
Ranma ½ (TV)/Ranma ½ Nettōhen
PengarahTomomitsu Mochizuki (musim pertama)
Tsutomu Shibayama (musim pertama)
Koji Sawai (musim ke-2 - ke-5)
Junji Nishimura (musim ke-6 - ke-7)
StudioKitty Films, Studio Deen
Penyiaran Asal Fuji Television, Animax
Penyiaran Lain Animax
RTL II (only 80 episodes)
GMA Network, AXN-Asia, RPN-9
Cartoon Network, PlayTV
Canal 5
Telesistema Dominicano
TVC
8TV
RCTI, TV7, Spacetoon
Dikeluarkan pada15 April 198925 September 1992
Video animasi original
Ranma ½ OVA
PengarahJunji Nishimura
StudioFuji Television, Kitty Films, Shogakukan Productions, Pony Canyon
Filem anime
Ranma ½: Big Trouble in Nekonron, China
PengarahShuji Inai
StudioFuji Television, Kitty Films, Shogakukan Productions (Japan)
CBS Theatrical Films, Viz Films (USA)
Dikeluarkan pada1991-11-02
April 1994 (theatrical), 1998-06-09 (DVD)
2003-04-20 (DVD)
2005-07-11 (DVD)
Jangka masa tayangan81 minit
Filem anime
Ranma ½: Nihao My Concubine
PengarahAkira Suzuki
StudioFuji Television, Kitty Films, Shogakukan Productions, Pony Canyon (Japan)
CBS Theatrical Films, Viz Films (USA)
Dikeluarkan pada1992-08-01
November 1994 (theatrical), 1998-10-16 (DVD)
2005-12-05 (DVD)
Jangka masa tayangan59 minit
Filem anime
Ranma ½: Team Ranma vs. the Legendary Phoenix
PengarahJunji Nishimura
StudioFuji Television, Kitty Films (Japan)
CBS Theatrical Films, Viz Films (USA)
Dikeluarkan pada1994-08-20
2003-01-28 (DVD)
Jangka masa tayangan31 minit

Ranma ½ (らんま½, Ranma nibun-no-ichi, "Ranma setengah") ialah sebuah siri manga dan anime karya Rumiko Takahashi, yang menceritakan seorang lelaki berusia 16 tahun bernama Ranma Saotome yang berlatih seni mempertahankan diri sejak kecil. Akibat terlibat dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan sambil berlatih, dia disumpah menjadi seorang gadis apabila terkena air sejuk, tetapi dia boleh berubah kembali manjadi lelaki apabila mengena air panas.

Di Jepun, manga ini disirikan dalam Shōnen Sunday terbitan Shogakukan dari tahun 1987–1996. Takahashi pernah berkata dalam beberapa temubual bahawa beliau hendak mereka satu cerita yang bakal laris di kalangan kanak-kanak. Pembaca utama Ranma ialah kanak-kanak lelaki dari usia sekolah rendah hingga sekolah menengah rendah.

Ranma ½ amat popular di kalangan peminat anime Barat pada 1990-an dan mempopularkan kebanyakan jenaka visual anime ini. Lambang plot 'Jusenkyo' ("mata air sumpahan") pernah juga ditampilkan dalam permainan peranan yang diubahsuai bertemakan anime sebagai lambang plot tukar jantina segera. Sifat logistik anatomi bagi keadaan disumpah sengaja dilitup oleh Takahashi bagi mengelakkan kerumitan atau pengurangan kesan jenakanya.

Pada bulan November 2006, New York Comic Con mengumumkan bahawa Anugerah Anime Amerika bakal diadakan buat julung kalinya. Peminat anime berpeluang untuk mengundi kegemaran mereka melalui Internet sepanjang bulan Januari 2007. Hanya lima calon yang meraih undian terbanyak diumumkan pada 5 Februari untuk setiap kategori. Antara 12 kategori ini, Ranma ½ dimasukkan dalam kategori "Anime Komedi Terbaik", manakala siri OVA Ranma ½ dimasukkan dalam kategori "Siri Pendek Terbaik".