Pilihan raya umum Malaysia 1969
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Semua 144 kerusi dalam Dewan Rakyat 73 kerusi diperlukan untuk majoriti | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Terdaftar | 3,439,313 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Pengundi hadir | 73.53% | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Artikel ini adalah sebahagian daripada siri pada |
| Politik Malaysia |
|---|
| Negara Anggota ASEAN |
| Portal Malaysia |
Pilihan raya umum Malaysia 1969 telah diadakan di Semenanjung Malaysia pada 10 Mei 1969 dan kemudian di Malaysia Timur antara 6 Jun hingga 4 Julai 1970. Pilihan raya ini merupakan pilihan raya umum pertama yang diadakan di Sabah dan Sarawak. Pilihan raya ini juga merupakan pilihan raya umum kedua setelah pembentukan Malaysia dan yang ketiga setelah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Pilihan raya ini menyaksikan penurunan majoriti undi bagi Parti Perikatan, parti pemerintah sejak kemerdekaan Tanah Melayu. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang telah berkempen menentang keistimewaan Bumiputera, mendapat peningkatan yang ketara dalam pilihan raya ini. Peratusan keluar mengundi ialah sebanyak 73.5 peratus. Parti pembangkang berjaya memenangi 54 kerusi, menyebabkan Parti Perikatan kehilangan majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat buat kali pertama.
Pilihan raya ini juga menyaksikan Parti Perikatan kehilangan majoritinya di Kelantan, Perak, Selangor dan Pulau Pinang. Keputusan pilihan raya ini telah mencetuskan kekacauan dan rusuhan kaum yang dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei. Akibat rusuhan ini, kerajaan Persekutuan telah menggantung Parlimen dan pentadbiran kerajaan dipantau oleh MAGERAN sehingga 1971. Peristiwa ini juga menandakan pengakhiran pentadbiran Tunku Abdul Rahman sebelum diganti oleh Tun Abdul Razak beberapa bulan berikutnya.
Pilihan raya negeri turut diadakan di 330 kawasan negeri di kesemua negeri kecuali Sabah pada hari yang sama.