Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Parti Pribumi Bersatu Malaysia
ڤرتي ڤريبومي برساتو مليسيا
Nama InggerisMalaysian United Indigenous Party
Nama Cina土著团结党
Nama Tamilமலேசிய ஐக்கிய மக்கள் கட்சி
Nama ThaiSawadeekap Bersatu
SingkatanBERSATU
PresidenTan Sri Dato' Haji Muhyiddin Mohammad Yassin
PengerusiMohd Suhaimi Abdullah
Setiausaha agungVacant (kekosongan jawatan)
Timbalan PresidenHamzah Zainudin
Pengasas
Diasaskan8 September 2016 (2016-09-08)
Didaftarkan14 Januari 2017 (2017-01-14)
Disahkan14 Januari 2017 (2017-01-14)
Pecahan1.Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
2.Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Didahului olehPersatuan Pribumi Bersatu Malaysia
Ibu pejabatTingkat 8, Menara Yayasan Selangor, 18A Persiaran Barat, 46200, Petaling Jaya, Petaling, Selangor, Malaysia
AkhbarMY BERSATU
Tidak rasmi:
MalaysiaNow
Badan pemikirInstitut Masa Depan Malaysia
Sayap belia/pemudaArmada Bersatu
Sayap wanitaSrikandi Bersatu
Sayap Belia WanitaSrikandi Muda Bersatu
Keanggotaan (2024)600,667
Ideologi
Kedudukan politiksentrisme
centre-right (en)
AgamaIslam
Hubungan kebangsaanPakatan Harapan
(2016-2020)
Perikatan Nasional
(sejak 23 Februari 2020)
Gabungan pembangkang (Sejak 2025)
Hubungan serantauGabungan Rakyat Sabah
(12 September 2020 - 10 Disember 2022)
Hubungan antarabangsaPartai Demokrasi Indonesia Perjuangan
Warna          Merah, Putih
SloganBersatu, Beramanah, Bermaruah
LaguPerjuangan Kita
Tapak sesawangbersatu.org
Pautan lain
Dewan Negara
1 / 70
Dewan Rakyat
25 / 222
Dewan Undangan Negeri
58 / 607
Menteri Besar dan Ketua Menteri
0 / 13
Majlis Tempatan Perundangan Daerah
0,000 / 1,311
Simbol pilihan raya

Negeri selain Kelantan dan Terengganu

Di Kelantan dan Terengganu
Bendera parti
Fail:Bersatu flag.svg
sunting · sunting di Wikidata

Parti Pribumi Bersatu Malaysia, juga disingkatkan sebagai BERSATU atau kadangkala ditulis sebagai PPBM, ialah sebuah parti politik di Malaysia yang dipimpin oleh Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Parti PPBM telah diluluskan dan didaftarkan sepenuhnya pada 14 Januari 2017 oleh Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan penggunaan Logo PPBM telah dibenar-pakai oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sehari selepas kelulusan pendaftaran parti tersebut. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah salah satu komponen utama (major component) dalam Perikatan Nasional (PN). Sebelum parti politik ini diluluskan oleh Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS), parti ini dikenali sebagai Persatuan Pribumi Bersatu Malaysia atau United Indigenous Association of Malaysia.

BERSATU bersama-sama Barisan Nasional, Parti Islam Se-Malaysia, Gabungan Parti Sarawak, Parti Bersatu Sabah dan Parti Solidariti Tanah Airku sambil disokong Ahli Parlimen BEBAS membentuk kerajaan Perikatan Nasional di peringkat Persekutuan pada Mac 2020 lalu sebelum penyertaan Gabungan Rakyat Sabah pada bulan September tahun yang sama. BERSATU juga mengetuai Kerajaan Negeri Perak, Kerajaan Negeri Sabah dan menjadi sebahagian daripada ahli dalam pentadbiran kerajaan bagi Kerajaan Negeri Johor, Kerajaan Negeri Melaka dan Kerajaan Negeri Kedah. Manakala Kerajaan Negeri Perlis, Kerajaan Negeri Kelantan, Kerajaan Negeri Terengganu, Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Negeri Sarawak menyatakan sokongan mereka terhadap kerajaan Perikatan Nasional di peringkat Persekutuan.

Ketika BERSATU dalam kerajaan Pakatan Harapan, ia dipimpin oleh Pengerusinya, Mahathir Mohamad yang juga merupakan Pengerusi Pakatan Harapan ketika itu (kini beliau telah menjadi Pengasas serta Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air sejak 8 Julai 2021).

BERSATU dahulu pernah menjadi salah sebuah parti dalam gabungan parti kerajaan Pakatan Harapan. Ia juga merupakan parti yang memimpin dalam gabungan parti pemerintah Kerajaan Negeri Kedah, Kerajaan Negeri Perak, Kerajaan Negeri Johor dan parti dalam gabungan parti kerajaan bagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Melaka dan Kerajaan Negeri Sabah. Ia juga merupakan parti pembangkang dalam Kerajaan Negeri Kelantan ketika dalam kerajaan Pakatan Harapan dari Mei 2018 hingga Februari 2020 lalu.

Pada pemilihan kepimpinan PPBM 2024 akan datang, yang dianggap oleh banyak pihak sebagai penting kepada arah tuju parti, bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin akan bertanding dalam pertembungan tiga penjuru, dengan bekas menteri dalam negeri Hamzah Zainudin, dan bekas menteri kanan Mohamed Azmin Ali.