Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka terdiri daripada anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang telah dilantik oleh Ketua Menteri bagi memegang portfolio tertentu. Kini, majlis tersebut diketuai oleh Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh bagi mewujudkan sebuah Kerajaan Perpaduan di Melaka.