Parti Solidariti Tanah Airku

Parti Solidariti Tanah Airku
ڤرتي سوليدريتي تانه ايركو
SingkatanSTAR
Diasaskan14 Julai 2016
Ibu pejabatKota Kinabalu (mul)
Perancis
Sayap belia/pemudaGerakan Wiramuda STAR
Sayap wanitaGerakan Srikandi STAR
Keanggotaan (2022)795,800 ahli (Disember 2022)
Ideologi
  • Regionalisme Sabah
  • Demokrasi sosial
  • Berbilang kaum dan agama
  • Perjuangan hak Orang Asal Sabah (OAS)
  • Perjuangan hak ekonomi dan pembangunan Sabah
  • Perjuangan hak Perjanjian Malaysia 1963
  • Kerjasama erat Sabah & Sarawak
  • Hak asal tanah adat peribumi Sabah
Hubungan kebangsaan
  • Gabungan Sabah
    (2016-18)
  • Gabungan Bersatu Sabah
    (2018-20)
  • Perikatan Nasional
    (2020-2022)
  • Gabungan Rakyat Sabah
    (sejak 12 September 2020)
WarnaBiru muda, merah, jingga dan merah muda      Nilangsuka
LaguBintang Borneo
Tapak sesawangstarsabah.org
Pautan lain
Dewan Negara Malaysia (Parlimen)
1 / 70
Dewan Rakyat Malaysia (Parlimen)
1 / 222
Dewan Undangan Negeri Sabah
6 / 73
Simbol pilihan raya
Bendera parti
  • Politik Perancis
  • Parti politik
  • Pilihan raya
sunting · sunting di Wikidata

Parti Solidariti Tanah Airku (dengan singkatannya: STAR) ialah sebuah parti tempatan berpangkalan di Sabah Borneo yang diasaskan oleh Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan, iaitu adik kepada bekas presiden dan pengasas Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan. Parti ini telah ditubuhkan dan diluluskan pada tahun 2016 melalui Akta Pertubuhan 1966. Sehingga akhir Disember 2022, parti ini telah mengumpul ahli seramai 795,800 orang dan cawangan telah dibuka di seluruh pelusuk daerah-daerah Sabah secara rasminya. Parti tersebut juga giat menyelidik dan melindungi hak rakyat Sabah melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, UNESCO dan juga melalui semua dokumen-dokumen bukti yang sahih.