Mohamad Hasan

Mohamad Hasan
P.S.D. S.P.N.S. D.S.S.A. D.S.N.S. A.N.S. AP ADUN
محمد حسن
Mohamad pada tahun 2023
Menteri Luar Negeri Malaysia
Menyandang jawatan
12 Disember 2023
Raja Sultan Abdullah
(2023–2024)
Sultan Ibrahim
(sejak 2024)
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Timbalan Mohamad Alamin
Didahului oleh Zambry Abdul Kadir
Kawasan pilihan rayaRembau
Menteri Pertahanan Malaysia
Dalam jawatan
3 Disember 2022 – 12 Disember 2023
Raja Sultan Abdullah
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Timbalan Adly Zahari
Didahului oleh Hishammuddin Hussein
Digantikan oleh Mohamed Khaled Nordin
Kawasan pilihan rayaRembau
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Rembau
Menyandang jawatan
19 November 2022
Didahului oleh Khairy Jamaluddin
Majoriti19,897 (2022)
Ketua Pembangkang
Negeri Sembilan
Dalam jawatan
13 April 2019 – 1 Julai 2023
RajaTuanku Muhriz
Menteri BesarAminuddin Harun
Didahului olehSendiri
Digantikan olehRidzuan Ahmad
Dalam jawatan
2 Julai 2018 – 18 Februari 2019
RajaTuanku Muhriz
Menteri BesarAminuddin Harun
Didahului olehAnthony Loke Siew Fook
Digantikan olehSendiri
Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan
bagi Rantau
Menyandang jawatan
13 April 2019
Didahului olehSendiri
(BN–UMNO)
Majoriti4,510 (2019)
10,280 (2023)
Dalam jawatan
21 Mac 2004 – 18 Februari 2019
Didahului olehAbdul Ghani Hassan
(BN–UMNO)
Digantikan olehSendiri
(BN–UMNO)
Majoriti6,199 (2004)
3,783 (2008)
4,613 (2013)
Menang tanpa bertanding (2018)
Menteri Besar Negeri Sembilan ke-10
Dalam jawatan
25 Mac 2004 – 10 Mei 2018
RajaTuanku Ja’afar
(2004–2008)
Tuanku Muhriz
(2008–2018)
Didahului olehMohd Isa Abdul Samad
Digantikan olehAminuddin Harun
Kawasan pilihan rayaRantau
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional
(Pemangku Pengerusi: 18 Disember 2018 –
30 Jun 2019)
Menyandang jawatan
30 Jun 2018
PengerusiAhmad Zahid Hamidi
Didahului olehHishammuddin Hussein (Pemangku)
Timbalan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
(Pemangku Presiden: 18 Disember 2018 –
30 Jun 2019)
Menyandang jawatan
30 Jun 2018
PresidenAhmad Zahid Hamidi
Didahului olehHishammuddin Hussein (Pemangku)
Maklumat peribadi
Lahir
Mohamad bin Hasan

(1956-05-02) 2 Mei 1956
Rantau, Seremban, Negeri Sembilan, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Kerakyatan Malaysia
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Gabungan politik
lain
Barisan Nasional (BN)
PasanganRaja Salbiah Tengku Najumuddin
Anak5
Tempat belajarUniversiti Malaya
(BA)
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanAhli korporat
Nama panggilanTok Mat

Mohamad bin Hasan (Jawi: محمد بن حسن; lahir 2 Mei 1956), lebih dikenali sebagai Tok Mat atau Mat Hasan, ialah seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Menteri Luar Negeri Malaysia dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan di bawah Perdana Menteri Anwar Ibrahim sejak Disember 2023 dan sebelum itu berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan sebelum penyusunan semula kabinet 2023 dari Disember 2022 hingga Disember 2023. Beliau juga berkhidmat sebagai Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Timbalan Presiden UMNO sejak Jun 2018, Ahli Dewan Rakyat bagi Rembau sejak November 2022 serta Ahli Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan (ADUN) bagi Rantau dari Mac 2004 hingga Februari 2019 dan sekali lagi sejak April 2019. Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan ke-10 dari Mac 2004 hingga Mei 2018 dan Ketua Pembangkang Negeri Sembilan dari Julai 2018 hingga Februari 2019 dan sekali lagi dari April 2019 hingga Julai 2023. Beliau juga merupakan Pengerusi BN dan UMNO Negeri Sembilan.