Adly Zahari
Adly Zahari AP ADUN | |
|---|---|
| عدلي ظهري | |
| Timbalan Menteri Pertahanan | |
| Menyandang jawatan 10 Disember 2022 | |
| Raja | Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (2022–2024) Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar (sejak 2024) |
| Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
| Menteri | Mohamad Hasan (2022–2023) Mohamed Khaled Nordin (sejak 2023) |
| Didahului oleh | Ikmal Hisham Abdul Aziz |
| Kawasan pilihan raya | Alor Gajah |
| Ketua Menteri Melaka ke-11 | |
| Dalam jawatan 11 Mei 2018 – 9 Mac 2020 | |
| Gabenor | Mohd Khalil Yaakob |
| Didahului oleh | Idris Haron |
| Digantikan oleh | Sulaiman Md Ali |
| Kawasan pilihan raya | Bukit Katil |
| Ketua Pembangkang Negeri Melaka | |
| Dalam jawatan 24 April 2020 – 13 Disember 2022 | |
| Gabenor | Mohd Khalil Yaakob (2020) Mohd Ali Rustam (2020–2022) |
| Ketua Menteri | Sulaiman Md Ali |
| Didahului oleh | Idris Haron |
| Digantikan oleh | Mohd Yadzil Yaakub |
| Kawasan pilihan raya | Bukit Katil |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Alor Gajah | |
| Menyandang jawatan 19 November 2022 | |
| Didahului oleh | Mohd Redzuan Md Yusof (PH–BERSATU) |
| Majoriti | 890 (2022) |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi Bukit Katil | |
| Menyandang jawatan 9 Mei 2018 | |
| Didahului oleh | Kawasan pilihan raya ditubuhkan |
| Majoriti | 3,159 (2018) 1,057 (2021) |
| Naib Presiden Parti Amanah Negara | |
| Menyandang jawatan 5 September 2021 Berkhidmat with Mujahid Yusof Rawa (2021–2023) & Hasanuddin Mohd Yunus (2021–2023) & Mahfuz Omar (sejak 2021) & Siti Mariah Mahmud (sejak 2021) Dzulkefly Ahmad (sejak 2023) Mohd Hatta Ramli (sejak 2024) | |
| Presiden | Mohamad Sabu |
| Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Kelantan | |
| Menyandang jawatan 5 November 2024 | |
| Pengerusi Kebangsaan | Anwar Ibrahim |
| Timbalan | Mohamad Suparadi Md Noor |
| Didahului oleh | Muhammad Husain |
| Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Melaka | |
| Menyandang jawatan 30 Ogos 2017 | |
| Pengerusi Kebangsaan | Mahathir Mohamad (2017–2020) Anwar Ibrahim (sejak 2020) |
| Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Adly bin Zahari 15 Februari 1971 Kampung Pulau, Durian Tunggal, Melaka, Malaysia |
| Kewarganegaraan | Malaysia |
| Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia (PAS) (sehingga 2015) Parti Amanah Negara (AMANAH) (sejak 2015) |
| Gabungan politik lain | Pakatan Rakyat (PR) (2008–2015) Pakatan Harapan (PH) (sejak 2015) |
| Pasangan | Dalilah Awaluddin |
| Anak | 7 |
| Tempat belajar | Universiti Teknologi Malaysia (BEng) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Bidang pengkhususan | Jurutera Elektrik |
Adly bin Zahari (Jawi: عدلي بن ظهري; lahir 15 Februari 1971) merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Pertahanan dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan di bawah Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Menteri Mohamad Hasan sejak Disember 2022, Ahli Dewan Rakyat (AP) bagi Alor Gajah sejak November 2022 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) bagi Bukit Katil sejak Mei 2018. Beliau berkhidmat sebagai Ketua Menteri Melaka ke-11 dari Mei 2018 hingga Mac 2020 dan Ketua Pembangkang Negeri Melaka dari April 2020 hingga Disember 2022. Beliau merupakan ahli Parti Amanah Negara (AMANAH), sebuah parti komponen Pakatan Harapan (PH), dan pernah menjadi ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sebuah parti komponen bekas gabungan Pakatan Rakyat (PR). Dalam AMANAH, beliau telah berkhidmat sebagai Naib Presiden sejak September 2021 dan Pengerusi Negeri Melaka sejak Ogos 2017. Beliau juga pernah menjadi Bendahari Agung AMANAH sebelum kenaikan beliau ke jawatan naib presiden parti. Beliau juga merupakan satu-satunya ADUN AMANAH di Melaka.