Gereja Katolik

Gereja Katolik
Ecclesia Catholica
Basilika St Peter, Gereja Katolik yang terbesar di Dunia.
Klasifikasi utamaKatolik
Kitab suci Alkitab (Bible)
TeologiTeologi Katolik
Bentuk
pemerintahan
episkopal
Paus (Pope)Paus Leo XIV
KerajaanHoly See
PentadbiranRoman Curia
Gereja tertentu
sui iuris
Gereja Latin, dan 23 Gereja Timur
Keuskupan
  • Keuskupan Agung: 640
  • Keuskupan: 2,851
Paroki221,700
WilayahSeluruh Dunia
BahasaEcclesiastical Latin dan bahasa ibunda
LiturgiBarat dan Timur
Kantor pusatRom, Itali (de jure)
Kota Vatikan (de facto)
PendiriYesus Kristus, mengikut
tradisi suci
Didirikanabad ke-1
Tanah Suci, Empayar Rom
Umat1.345 billion (2019)
Pandeta
  • Uskup: 5,364
  • Imam: 414,336
  • Diakon: 48,238
Hospital5,500
Sekolah rendah95,200
Sekolah menengah43,800
Laman web rasmiwww.vatican.va

Gereja Katolik (Jawi: ݢريجا کاتوليک) — kadangkala dirujuk sebagai Gereja Katolik Rom atau Gereja Roman Katolik – ialah mazhab gereja Kristian terbesar dengan lebih daripada 1.39 bilion orang penganut di seluruh dunia. Keberadaannya sebagai salah satu institusi agama tertua di dunia telah memainkan peranan penting dalam sejarah dan perkembangan tamadun Barat. Aliran ini dipimpin oleh Uskup Rom, yang dikenal sebagai Paus, berdasarkan suatu doktrin gereja diringkaskan dalam Syahadat Iman Nicea; pusat pentadbiran Paus iaitu Takhta Suci berada di Kota Vatikan yang terletak di pusat bandar di Rom, Itali.

Mazhab gereja ini mengajar dan berpegang bahawa ia adalah gereja Satu, Suci, Katolik dan Apostolik yang diasaskan oleh Yesus Kristus dalam amanat AgungNya, bahawa para uskupnya ialah pengganti para pengikut Kristus, dan Paus ialah pengganti kepada Santo Petrus yang keutamaan diberikan oleh Yesus Kristus. Ia menegaskan bahawa ia mengamalkan iman Kristian yang asal, menempuh kesempurnaan, diturunkan oleh tradisi suci. Gereja Latin, Gereja Katolik Timur, dan institut seperti kerahiban terpencil tertutup mencerminkan pelbagai penekanan teologi dan rohani di Gereja.

Perjamuan Kudus ialah sakramen yang paling utama disambut secara liturgi dalam misa. Mazhab ini mengajarkan bahawa penyucian diri dilaksanakan seorang paderi dengan bahan roti kudus dan wain menjadi tubuh dan darah Kristus. Maria si Perawan dihormati di Gereja Katolik sebagai Ibu Tuhan dan Ratu Syurga, dihormati dalam dogma dan ibadat. Pengajarannya termasuk pengudusan melalui iman dan penginjilan Injil dan ajaran sosial Katolik, yang menekankan sokongan kepada yang sakit, golongan miskin, dan orang yang menderita melalui kerja-kerja belas kasihan korporat dan kerohanian. Gereja Katolik adalah penyedia pendidikan dan penjagaan kesihatan badan bukan kerajaan terbesar di dunia.

Gereja Katolik telah mempengaruhi falsafah barat, budaya, sains, dan seni Barat. Gereja Katolik berkongsi perhubungan dengan Gereja Ortodoks Timur sehingga Perpecahan Timur-Barat pada tahun 1054, membantah terutamanya kewibawaan Paus. Sebelum Majlis Efesus pada tahun 431 M, Gereja Timur turut berkongsi dalam persekutuan ini, seperti juga Gereja Ortodoks Timur sebelum Majlis Chalcedon pada tahun 451 Masihi. ; semuanya dipisahkan terutamanya atas perbezaan dalam iman Kristologi. Gereja Katolik Timur, yang mempunyai gabungan keanggotaan kira-kira 18 juta, mewakili satu badan Kristian Timur yang kembali atau kekal dalam persekutuan dengan paus semasa atau selepas schisms (Perpecahan) untuk pelbagai keadaan sejarah. Pada abad ke-16, Reformasi membawa kepada pembentukan kumpulan Protestan yang berasingan.

Agama Kristian Katolik dianut di seluruh dunia melalui cara pemubalighan, diaspora, dan penukaran. Sejak abad ke-20, majoriti berada di hemisfera selatan disebabkan oleh sekularisasi di Eropah, dan penindasan yang meningkat di Timur Tengah.

Dari abad ke-20, Gereja Katolik telah dikritik kerana doktrin mengenai seksualiti, penolakannya untuk mentahbis wanita dan menangani kes-kes penderaan seksual. Selain itu, Gereja mehadapi kiritikan golongan terutamanya penganut liberalisme dan egalitarianisme. Ajaran tertentu mengenai seksualiti, seperti penolakan kontraseptif tiruan, homoseksual, onani dan seks pranikah, penolakan perceraian, penolakan euthanasia dan pengguguran.