Dewan Rakyat (Malaysia)

Dewan Rakyat
Parlimen ke-15
Jenis
Jenis
Kepimpinan
Johari Abdul, PH-PKR
sejak 19 Disember 2022
Timbalan Yang di-Pertua I
Ramli Mohd Nor, BN-UMNO
sejak 19 Disember 2022
Timbalan Yang di-Pertua II
Lau Kiong Yieng, PH-DAP
sejak 19 Disember 2022
Setiausaha Dewan
Nizam Mydin Bacha Mydin
sejak 13 Mei 2020
Anwar Ibrahim, PH-PKR
sejak 24 November 2022
Hamzah Zainudin, PN-BERSATU
sejak 19 Disember 2022
Struktur
Ahli222
Kumpulan politik
(Mulai 2 Jun 2024)

Kerajaan Perpaduan (153)

  PH (81)
  BN (30)
  GPS (23)
  •      PBB (14)
  •      PRS (5)
  •      PDP (2)
  •      SUPP (2)
  GRS (6)
  •      Ahli langsung GRS (4)
  •      PBS (1)
  •      STAR (1)
  WARISAN (3)
  KDM (1)
  PBM (1)
  BEBAS (8)

Pembangkang (69)

  PN (68)
  MUDA (1)
Jawatankuasa
5
  • Jawatankuasa Pemilih
  • Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara
  • Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat
  • Jawatankuasa Dewan
  • Jawatankuasa Hak dan Kebebasan
Tempoh penggal
Sehingga 5 tahun
Pilihan raya
Sistem pengundian
Pilihan raya terakhir
19 November 2022
Pilihan raya seterusnya
17 Februari 2028
Tempat persidangan
Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia,
Kuala Lumpur, Malaysia
Tapak sesawang rasmi
sunting

Dewan Rakyat ialah dewan rendah dalam sistem parlimen dwidewan, badan perundangan persekutuan Malaysia. Dewan dan kuasanya ditubuhkan berdasarkan Perkara 44 Perlembagaan Malaysia. Tempat persidangan Dewan Rakyat terletak di Bangunan Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur, bersama-sama dengan Dewan Negara. Ahli Dewan Rakyat atau biasa dikenali dengan Ahli Parlimen dipilih melalui sistem pilihan raya yang dijalankan setiap lima tahun atau setelah Dewan Rakyat dibubarkan atas perkenan Yang di-Pertuan Agong berdasarkan Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan. Setakat ini, dewan ini mempunyai seramai 222 ahli.

Dewan Rakyat merupakan sebuah badan yang dipilih secara langsung terdiri daripada 222 ahli yang dikenali sebagai Ahli Parlimen. Ahli-ahli dipilih melalui pengundian lepas pertama dengan seorang ahli dari setiap kawasan pilihan raya persekutuan. Ahli-ahli memegang kerusi mereka sehingga Dewan Rakyat dibubarkan, yang tempohnya dari segi perlembagaan dihadkan kepada lima tahun selepas pilihan raya. Bilangan kerusi setiap negeri atau wilayah yang berhak adalah ditetapkan oleh Perkara 46 Perlembagaan.

Walaupun persetujuan kedua-dua dewan Parlimen lazimnya diperlukan untuk perundangan digubal, Dewan Rakyat memegang lebih banyak kuasa secara praktikal; Dewan Negara sangat jarang menolak rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Rakyat boleh memintas Dewan Negara jika ia enggan meluluskan undang-undang tertentu dua kali, dengan sekurang-kurangnya satu tahun di antaranya. Kabinet bertanggungjawab sepenuhnya kepada Dewan Rakyat, dan perdana menteri hanya perlu mengekalkan sokongan dewan rakyat. Usul tidak percaya terhadap perdana menteri..