Bahasa Romania

Bahasa Romania
Română
Sebutan[ro'mɨ.nə]
Asli kepadaRomania, Republik Moldova, Bulgaria, Kanada, Amerika Syarikat, Rusia, Sepanyol, Ukraine, Israel, Serbia, Hungary; komuniti di sekitar Semenanjung Balkan.
KawasanEropah Tenggara, sesetengah komuniti di Timur Tengah
Penutur bahasa
Bahasa utama: 24 juta
Bahasa sekunder: 4 juta
Indo-European
  • Italik
    • Romawi
      • RomawiTimur
        • Bahasa Romania
Status rasmi
Bahasa rasmi di
 Moldova
 Romania
 Vojvodina (Serbia)

 Kesatuan Eropah
Dikawal selia olehAcademia Română
Kod bahasa
ISO 639-1ro
ISO 639-2rum (B)
ron (T)
ISO 639-3ron

Peta wilayah berbahasa Romania
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Infobox language dengan parameter "rank" yang tidak diketahui

Bahasa Romania (limba română, IPA: [[Bantuan:AFA|['lim.ba ro'mɨ.nə|http://say.expressivo.com/carmen/Limba_română 'lim.ba ro'mɨ.nə]]]) merupakan satu bahasa Romawi yang dituturkan oleh kira-kira 24 juta hingga 28 juta orang, terutamanya di Romania dan Moldova. Bahasa ini mempunyai kedudukan rasmi di Romania, Moldova, dan Provinsi Autonomi Vojvodina di Serbia. Bentuk rasmi Bahasa Moldova di Republik Moldova adalah saling tak tumpah dengan Bahasa Romania, walaupun pada tahun 2000, terdapat sedikit perbezaan dalam ejaan, yang akhirnya dimansuhkan. Bahasa Romania juga merupakan satu bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran di beberapa komuniti dan pertubuhan seperti Kesatuan Latin dan Kesatuan Eropah.

Penutur Bahasa Romania juga terdapat di banyak negara yang lain, terutamanya Itali, Sepanyol, Israel, Portugal, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada, Perancis, dan Jerman.