Wikipedia

Wikipedia

Tangkap layar
Tangkap layar Portal Pelbagai Bahasa Wikipedia.
Maklumat umum
URLxx Swikipedia.org
Eponimxx Swiki (mul) dan ensiklopedia
SingkatanWikipédia, Wikipedia, ウィキペディア, Viquipèdia, Wikipèdia, Vicipaedia, Wikipedia, Βικιπαίδεια, ဝီကီပီးဒီးယား, ويكبيديا, Wikipedia, lipu Wikipesija dan Wikipédia
JenisProjek ensiklopedia internet
Tersedia dalamTerdapat 275 versi bahasa yang aktif (285 jumlah versi Wikipedia secara keseluruhan)
Ditubuhkan15 Januari 2001
Pengurusan dan pentadbiran
PemilikYayasan Wikimedia
Penciptaxx SJimmy Wales, Larry Sanger dan komuniti Wikimedia
Pengasasxx SJimmy Wales dan Larry Sanger
Penerbitxx SKomuniti Wikipedia
Kandungan dan sokongan
KeluaranEnsiklopedia internet
KomersialTidak
PendaftaranPilihan
Pengguna35,000,000 (jumlah keseluruhan berdaftar daripada semua versi)
Pelantar disokongLAMP dan Varnish
Lesenxx SAtribusi-Perkongsian Serupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons dan Atribusi-Perkongsian Serupa 3.0 Tidak Mudah Alih Creative Commons
Ditulis dalamPHP (mul)
Enjin perisianxx SMediaWiki (mul)
Pembangun webxx SJimmy Wales dan Larry Sanger
Perangkaan
Kedudukan Alexaxx S 6 (Oktober 2013)
Lokasi
Ibu pejabatMiami, Florida
Negara asalxx SAmerika Syarikat
Anugerah
–  Hadiah Erasmus (25 November 2015)
–  Anugerah Puteri Asturias untuk Kerjasama Antarabangsa (2015)
–  Grimme Online Award (mul) (2005)
–  FSF Free Software Award for Projects of Social Benefit (en) (2005)
Pautan luar berkaitan
OCLC52075003
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata

Wikipedia (Jawi: ويكيڤيديا) ialah sebuah ensiklopedia yang boleh diubah suai dan dibina secara kerjasama dengan menggunakan perisian wiki. Wikipedia dikendalikan oleh Yayasan Wikimedia yang tidak mengambil apa-apa keuntungan daripada khidmat yang diberikan. Sebagai tambahan kepada matlamat ensiklopedia iaitu untuk memberikan pengetahuan, Wikipedia juga memasukkan maklumat yang lebih kerap dikaitkan dengan almanak dan jurnal, dan juga perkara semasa. Kandungan Wikipedia dibina sepenuhnya oleh para penggunanya. Tiada seorang pun yang dapat memiliki maklumat yang terdapat dalamnya dan tiada rencana yang akan ditamatkan. Satu lesen yang dikenali GFDL telah dicipta untuk memastikan setiap orang mengakui bahawa setiap orang mempunyai hak untuk memperbaiki setiap rencana.

Wikipedia berkandungan terbuka, bermaksud ia boleh digunakan secara bebas, boleh disunting secara bebas, dan bebas untuk disalin dan disebarkan. Ringkasnya, Wikipedia ialah kerja keras yang unik yang tidak wujud dalam ensiklopedia tradisional. Ia mempunyai sistem baik pulih sendiri dalam perjalanannya melalui cabaran-cabaran ini.

Wikipedia bermula sebagai projek Bahasa Inggeris pada 15 Januari 2001, dan kemudiannya mendapat bahasa lainnya yang pertama, Perancis, pada 23 Mac 2001. Wikipedia bahasa Melayu pula bermula pada 28 Januari 2003. Terdapat banyak usaha yang telah terlibat untuk membuatkannya berbilang bahasa, dan pada masa ini ia telah mengandungi lebih 18 juta rencana dan lebih 4 juta ialah rencana dalam bahasa Inggeris.