Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur

ڤوست داڬڠن دنيا كوالا لومڤور
Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur
Nama alternatifWorld Trade Centre Kuala Lumpur
Maklumat umum
StatusSiap
JenisPusat konvensyen dan pejabat
LokasiJalan Tun Dr Ismail
Kuala Lumpur, Malaysia
NegaraMalaysia
Koordinat3°10′5″N 101°41′30″E 
Pembinaan bermula1981
Disiapkan pada1984
Pembukaan26 September 1985
Dirasmikan pada2 September 1985
Pemilik
PengurusanPutrade Property Management Sdn Bhd
Butiran teknikal
Keluasan tingkat1.70 juta kaki²
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekDatuk Dr. Ikmal Hisham Albakri
Maklumat lain
https://worldtradecentrekl.com
sunting · sunting di Wikidata

Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur(Jawi:ڤوست داڬڠن دنيا كوالا لومڤور), yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (Jawi: ڤوست داڬڠن دنيا ڤوترا كوالا لومڤور) (PWTC; bahasa Inggeris: Pusat Dagangan Dunia Putra), ialah pusat konvensyen dan pameran di, Kuala Lumpur, Malaysia. Tempat ini berkeluasan lebih 1.70 juta kaki persegi dengan 235,000 kaki persegi ruang pameran.

Ia adalah pusat konvensyen bersejarah Malaysia dan tempat pilihan untuk konvensyen tempatan dan antarabangsa, konsert, perkahwinan, termasuk acara kecil seperti seminar, latihan dan mesyuarat.

Pembinaan dimulakan pada tahun 1981 dan siap pada tahun 1984. Bangunan ini telah dibuka secara rasmi pada 26 September 1985. Sebelum PWTC, kawasan tersebut merupakan tempat diadakan Perhimpunan Agung UMNO tahunan yang pertama dan seterusnya.

Bangunan ini juga digunakan untuk Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa setiap tahun, sejak ia dipindahkan dari Stadium Merdeka pada tahun 1985.