Vigneswaran Sanasee

Yang Berbahagia
Tan Sri Dato' Sri
Vigneswaran a/l Sanasee Thevar
ச. விக்னேஸ்வரன்
PSM (Malaysia); SSAP (Pahang); DPSM (Melaka);
SMS (Selangor)
Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Selatan
Menyandang jawatan
13 November 2021
Perdana MenteriIsmail Sabri Yaakob
Didahului olehSamy Vellu
Menyandang jawatan
14 Julai 2018
Didahului olehSubramaniam Sathasivam
Dalam jawatan
26 April 2016 – 22 Jun 2020
RajaAl-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah
Perdana MenteriMahathir Mohamad
Didahului olehAbu Zahar Ujang
Digantikan olehRais Yatim
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Kota Raja
Dalam jawatan
2004–2008
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehSiti Mariah Mahmud (PAS)
Maklumat peribadi
Lahir
S. Vigneswaran a/l M. Sanasee

(1965-12-16) 16 Disember 1965
Kuala Lumpur, Malaysia
KerakyatanMalaysia
Parti politik Barisan Nasional
MIC
PasanganPuan Sri Datin Sri Susita Periasamy
Tempat belajarUniversiti Staffordshire
Universiti Malaya
PekerjaanPeguam

Tan Sri Dato' Sri Sri S. Vigneswaran a/l Sanasee Thevar (Tamil: ச. விக்னேஸ்வரன், Sa. Vikṉēsvaraṉ; lahir 16 Disember 1965) ialah seorang ahli politik Malaysia yang kini berkhidmat sebagai Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Selatan sejak November 2021 dan Presiden ke-10 Kongres India Malaysia (MIC) sejak Julai 2018, iaitu parti komponen kepada Barisan Nasional.

Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara Malaysia ke-17 dari April 2016 hingga Jun 2020, Senator dari Jun 2014 hingga Jun 2020, dan juga sebagai Ahli Parlimen Kota Raja dari Mac 2004 hingga Mac 2008.