Tengku Zafrul Abdul Aziz

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
تڠکو ظفرول تڠکو عبد العزيز
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia
Menyandang jawatan
3 Disember 2022
Raja Sultan Ibrahim
Al-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Timbalan Liew Chin Tong
Didahului oleh Azmin Ali
Presiden
Persatuan Badminton Malaysia
Menyandang jawatan
10 Mei 2025
Didahului olehMohamad Norza Zakaria
Ahli
Dewan Negara Malaysia
Menyandang jawatan
3 Disember 2022
Raja Sultan Ibrahim
Al-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 5 November 2022
Raja Al-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin
Ismail Sabri Yaakob
Bendahari
BN & UMNO Selangor
Dalam jawatan
31 Julai 2022 – 31 Mac 2024
PresidenAhmad Zahid Hamidi
Pengerusi BN & UMNO SelangorMegat Zulkarnain Omardin
Didahului olehJamal Yunos
Menteri Kewangan
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
Raja Al-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Mohd Shahar Abdullah
Timbalan I
Yamani Hafez Musa
Timbalan II
Digantikan oleh Anwar Ibrahim
Kawasan pilihan rayaSenator
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
Raja Al-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin
Timbalan Abd Rahim Bakri
Timbalan I
Mohd Shahar Abdullah
Timbalan II
Didahului oleh Lim Guan Eng
Kawasan pilihan rayaSenator
Maklumat peribadi
Lahir
Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

(1973-06-25) 25 Jun 1973
Kuala Lumpur, Selangor, Malaysia
Parti politik UMNO (1997-2025)
PKR (2025-kini)
Gabungan politik
lain
Barisan Nasional (1997-2025)
Pakatan Harapan (2025-kini)
PasanganYM Datin Seri Utama Hajah Raja Johanna Adrina Raja Arshad (k. 2011)
AnakYM Tengku Zahra Jasmina Tengku Zafrul

YM Tengku Zayn Aqeel Tengku Zafrul

YM Tengku Zaeem Khalif Tengku Zafrul

YM Tengku Zahira Eusnie Tengku Zafrul
SaudaraMustafa Albakri Hassan (Moyang)
Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Bapa saudara)
Zahim Albakri (Bapa saudara)
Tempat belajarUniversiti Bristol
Sarjana Muda Sains dalam Ekonomi dan Perakaunan
Universiti Exeter
Sarjana Seni dalam Kewangan dan Pengurusan
Universiti Tsinghua
Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kali kedua)
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanJurubank
GajiRM62,077.20 sebulan
Paparan amaran: Page using Template:Infobox officeholder with unknown parameter "net_worth"

Datuk Seri Utama Haji Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz (Jawi: تڠکو ظفرول بن تڠکو عبد العزيز; lahir 25 Jun 1973) merupakan seorang ahli politik, ahli Dewan Negara, Pelabur dan Tokoh Korporat Malaysia yang dilantik sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia . Di peringkat parti beliau merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO (letak jawatan 30 Mei 2025) dan bekas Bendahari UMNO Selangor (letak jawatan 1 April 2024).

Beliau dilantik sebagai Pengurus Bank yang merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan/Pengarah Eksekutif CIMB Group Holdings Berhad iaitu sebuah Bank Universal ASEAN terkemuka, serta Pemimpin Dunia dalam Kewangan Islam. Beliau juga ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Eksekutif CIMB Bank Berhad dan Presiden Pesuruhjaya PT Bank CIMB Niaga Tbk.

Di luar CIMB, Tengku Zafrul kini menjadi ahli kepada Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC), mewakili Malaysia dalam mempromosikan intra perdagangan dan kerjasama di Asia Pasifik. Selanjutnya, sebagai pendukung pembangunan sosioekonomi Malaysia, beliau kini mempunyai tempat di Lembaga Majlis Sukan Negara Malaysia, sebagai tambahan kepada Pemegang Amanah Yayasan Kepemimpinan Perdana dan ahli Majlis Keusahawanan Pendidikan Tinggi Negara di bawah Kementerian Pendidikan. Beliau juga merupakan Panglima Kehormat Rizab Sukarelawan Tentera Laut di bawah Tentera Laut Diraja Malaysia.