Mustafa Albakri Hassan

Allahyarham Dato' Dr. Haji Mustafa Albakri bin Haji Hassan (15 Oktober 1902 – 28 September 1972) menjadi Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) di Malaysia dari 4 September 1957 hingga 15 Oktober 1967. Dato’ Dr. Haji Mustafa Albakri ialah pengerusi pertama SPR dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman.

Allahyarham Dato' Dr. Haji

Mustafa Albakri Hassan
Kelahiran
Haji Mustafa Albakri bin Haji Hassan

(1902-10-15)15 Oktober 1902
Meninggal dunia28 September 1972(1972-09-28) (umur 69)
PasanganPuteh Sawifah Sulaiman
Anak-anakIkmal Hisham Albakri

Kerjaya beliau sebagai Peguam Persekutuan di Jabatan Peguam Negara Malaysia membolehkan jawatan SPR yang disandangkan bebas dari dikritik. Mustapha turut bersama Tunku Abdul Rahman ke London pada 1956 bagi merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajah Britain.