Megat Zulkarnain Omardin
Datuk Wira Megat Zulkarnain bin Omardin (lahir 16 Oktober 1969) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri Malaysia 1, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Di peringkat parti beliau merupakan Pengerusi BN dan UMNO Selangor. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara selama 2 penggal iaitu dari tahun 2013 hingga 2016 dan tahun 2016 hingga 2019. Beliau dari keturunan Megat Terawis.
Megat Zulkarnain Omardin DCSM, DPSM (Melaka) | |
|---|---|
| Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia 1 | |
| Menyandang jawatan 2022 | |
| Menteri | Ahmad Zahid Hamidi |
| Pengerusi Barisan Nasional Selangor | |
| Menyandang jawatan 2022 | |
| Pengerusi BN | Ahmad Zahid Hamidi |
| Didahului oleh | Noh Omar |
| Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor | |
| Menyandang jawatan 25 November 2022 | |
| Presiden | Ahmad Zahid Hamidi |
| Timbalan | Johan Abd Aziz |
| Didahului oleh | Noh Omar |
| Ketua UMNO Bahagian Gombak | |
| Menyandang jawatan 2018 | |
| Ahli Dewan Negara | |
| Parlimen Malaysia | |
| Dalam jawatan 7 Oktober 2016 – 6 Oktober 2019 | |
| Penggal | Kedua |
| Dalam jawatan 7 Oktober 2013 – 6 Oktober 2016 | |
| Penggal | Pertama |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 16 Oktober 1969 Kampung Gombak, Gombak, Selangor |
| Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu |