Jamal Yunos

Jamal Yunos
SSAP (Pahang)
Ketua Komunikasi Barisan Nasional Selangor
Menyandang jawatan
31 Julai 2022
Didahului olehIsham Jalil
Maklumat peribadi
Lahir
Jamal bin Md Yunos

(1970-08-04) 4 Ogos 1970
Sungai Leman, Sekinchan, Selangor
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganDatin Sri Nurhanizatul Shida Mat Hassan
Pekerjaan
  • Usahawan
  • Ahli politik

Yang Hormat Dato' Sri Jamal Md Yunos (lahir 4 Ogos 1970) merupakan seorang pengusaha kedai Ikan Bakar Sekinchan dari Sungai Besar, Selangor dan Ketua Pemuda UMNO cawangan Sungai Besar. Beliau juga merupakan aktivis "Baju Merah" untuk menentang Bersih 5.

Jamal Yunos pernah melarikan diri dari buruan polis mengunakan laluan tikus ke Indonesia dan bersembunyi di ladang. Walaupun masih menjadi buruan polis, Jamal Yunos menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno. Beliau telah bertanding sebagai calon parlimen Sungai Besar atas tiket BN semasa pilihan raya ke-15 tetapi telah kalah kepada calon Perikatan Nasional.