Sejarah Islam
| Sebahagian daripada siri berkaitan |
| Islam |
|---|
|
Sejarah Islam menitikberatkan pembangunan politik, sosial, ekonomi dan kebudayaan dalam ketamadunan Islam. Islam diasaskan pada awal abad ke-7 di Arab oleh Muhammad.
Menurut tradisi Islam, nabi umat Islam yakni Muhammad telah menerima wahyu Tuhan ("Allah"), kemudian diseru kepada penyerahan diri kepada Tuhan yang Esa, mempercayai kewujudan Hari Pembalasan, mengambil berat terhadap kepentingan bersama terutama terhadap golongan miskin dan fakir yang memerlukan. Seruan atau dakwah Muhammad telah memenangi hati sekumpulan orang dan telah menghadapi penentangan dan penindasan dari pembesar Mekah. Pada 622, beberapa tahun selepas kehilangan perlindungan (himayah) dengan kematian bapa saudaranya yang berpengaruh iaitu Abu Talib, Muhammad telah berhijrah ke Kota Yathrib (kini dikenali sebagai Kota Madinah) dan menubuhkan sebuah kesatuan komuniti dari pihak Muhajir (Makkah) dan Ansar (Yathrib) yang membentuk satu Negara Islam. Selepas kematian Muhammad pada 632, kepimpinan Islam diteruskan oleh Khilafah al-Rasyidin seterusnya telah memasuki fasa bernegara (Daulah) dan membentuk dinasti Islam.
Dalam abad ke-8, Khilafah Umaiyah memperluas kawasan Islam dari Iberia di barat hingga ke Sungai Indus di timur. Bentuk pemerintahan sebagaimana yang diperintah oleh Khilafah Umaiyah dan Khilafah Abbasiyah (di Timur Tengah dan kemudiannya di Sepanyol dan Itali Selatan), Fatimiyah, Saljuk, Ayyubiyah dan Mamluk merupakan antara kuasa paling berpengaruh di dunia. Empayar keparsian telah ditubuhkan oleh Samaniyah, Ghaznaviyah, Ghuriyah telah menghasilkan pembangunan yang penting. Zaman Keemasan Islam telah meningkatkan kemunculan pusat kebudayaan dan pusat ilmu dan melahirkan sarjana, polymath, ahli astronomi, mathematicians, ahli fizik dan ahli falsafah semasa Zaman Pertengahan
Sehingga awal abad ke-13, Kesultanan Delhi menguasai utara subbenua India, sementara Dinasti bangsa Turkik seperti Kesultanan Rom dan Negara Artuki menguasai Anatolia daripada Empayar Byzantine dalam abad ke-11 dan ke-12. Pada abad ke-13 dan ke-14, serangan Mongol memusnahkan dan Tamerlane (Timur) dari timur, seiring dengan kehilangan penduduk dalam pandemik Maut Hitam, telah melemahkan pusat kebudayaan dan keilmuan di dunia Islam, dari Parsi ke Mesir, tetapi menyaksikan kemunculan Kebangkitan Timuriyah dan kuasa ekonomi dunia yang utama seperti Empayar Mali di Afrika Barat dan Kesultanan Benggala di Asia Selatan. Berikutan pengusiran dan perhambaan masyarakat Islam Moor dari Amiriah Sicilia dan wilayah Itali yang lain, Pemerintahan Islam Sepanyol telah ditakluk secara beransur-ansur oleh tentera Kristian semasa peristiwa Reconquista. Walaupun begitu, dalam tempoh Awal Zaman Moden, negara-negara dalam "empayar-empayar barut" yang terpecah — Empayar Turki Uthmaniyah, Empayar Iran Safawiyah dan Empayar India Mughal — muncul sebagai kuasa besar dunia.
Semasa abad ke-19 dan awal abad ke-20, kebanyakan dunia Islam telah jatuh dan di bawah pengaruh atau dalam kawalan Kuasa Besar Eropah. Mereka berusaha untuk memperoleh kemerdekaan dan membina negara bangsa yang moden sepanjang dua abad ini dan bersambung hingga ke hari ini, dalam masa yang sama menghadapi konflik wilayah seperti di Palestin, Kashmir, Xinjiang, Chechnya, Afrika Tengah, Bosnia dan Myanmar. Lokasi lubuk penghasilan minyak telah menstabilkan Majlis Kerjasama Negara-negara Arab Teluk, menjadikan mereka pengeksport dan pengeluar minyak terbesar dunia, yang mana memberi tumpuan kepada perdagangan bebas dan pelancongan.