Xinjiang
| Xinjiang Uygur Autonomous Region | |||||||||
| |||||||||
| Singkatan: 新 (Pinyin: Xīn) | |||||||||
| Asal-usul nama | 新 xīn - baru 疆 jiāng - kawasan "tanah baru" | ||||||||
| Jenis pentadbiran | Autonomous region | ||||||||
| Pusat pentadbiran (dan bandaraya terbesar) |
Ürümqi | ||||||||
| Setiausaha Jwk CPC | Ma Xingrui | ||||||||
| Gabenor | Erkin Tuniyaz | ||||||||
| Luas | Error in convert: Needs the number to be converted (help) (1) | ||||||||
| - Latitud | 39.865776 | ||||||||
| - Longitud | 79.070511 | ||||||||
| Penduduk (2004) - Kepadatan |
19,630,000 (24) Error in convert: Needs the number to be converted (help) (29) | ||||||||
| KDNK (2004) - per kapita |
CNY 220.0 bilion (25) CNY 11,200 (13) | ||||||||
| HDI (2005) | 0.757 (sederhana) (14) | ||||||||
| Bangsa-bangsa utama | Uyghur - 45% Han - 41% Kazakh - 7% Hui - 5% Kyrgyz - 0.9% Mongol - 0.8% Dongxiang - 0.3% Tajik - 0.2% Xibe - 0.2% | ||||||||
| Peringkat prefektur | 14 bahagian | ||||||||
| Peringkat daerah | 99 bahagian | ||||||||
| Peringkat perbandaran† | 1005 bahagian | ||||||||
| ISO 3166-2 | CN-65 | ||||||||
| Laman web rasmi http://www.xinjiang.gov.cn (Cina) | |||||||||
| Sumber untuk data penduduk dan GDP: 《中国统计年鉴—2005》 Buku Tahunan Statistik China 2005 Sumber untuk data bangsa-bangsa:ISBN 7503747382 《2000年人口普查中国民族人口资料》 Perangkaan bangsa-bangsa banci populasi China 2000 *Seperti pada 31 Disember, 2004
ISBN 7105054255 | |||||||||
| Templat ■ Perbincangan ■ ProjekWiki China | |||||||||
Xinjiang (Bahasa Uyghur: شىنجاڭ (Xinjang); Bahasa Cina: 新疆; pinyin: Xīnjiāng; Ejaan peta pos: Sinkiang) ialah sebuah kawasan autonomi (Kawasan Autonomi Uyghur Xinjiang) Republik Rakyat China. Xinjiang merupakan kawasan yang besar dan tidak padat penduduknya dan merangkumi satu per enam daripada seluruh wilayah negara. Xinjiang bersempadan dengan Kawasan Autonomi Tibet di selatan, wilayah Qinghai dan Gansu di tenggara, negara Mongolia di timur, negara Rusia di utara, serta negara-negara Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Afghanistan dan bahagian-bahagian Kashmir yang dikawal Pakistan dan India di barat. Xinjiang mentadbir kebanyakan kawasan Aksai Chin, sebuah rantau yang dituntut oleh India sebagai sebahagian daripada Jammu dan Kashmir.
"Xinjiang" atau "Ice Jecen" dalam Bahasa Manchu, secara harfiahnya bermaksud "Sempadan Baru". Nama Xinjiang diberi sewaktu Dinasti Qing pimpinan orang Manchu di China. Xinjiang menempatkan sebilangan kelompok etnik Turkik, termasuk Orang Uyghur yang membentuk kelompok terbesar. Kawasan ini sering digelar Turkestan China atau Turkestan Timur.