Empayar Mali

Empayar Mali
Manden Kurufa
1235–1610-an
Panji kerajaan
Wilayah pengaruh Empayar Mali, tahun 1350
Ibu negaraNiani; Ka-ba
Bahasa yang umum digunakanBahasa Maninka
Agama
Agama Afrika tradisional (awal)
Islam (kemudian)
Mansa 
• 1235-1255
Mari Djata I (pertama)
• kira-kira 17 tahun
Mahmud IV (terakhir)
Badan perundanganGbara
Sejarah 
• Didirikan
1235
• Perpindahan ibu kota dari Niani ke Kangaba
1559
• Dibubarkan
1610-an
Keluasan
13801,100,000 km2 (420,000 bt2)
Populasi
• 1380
20,000,000
Mata wangEmas
(Garam, tembaga dan cypraea juga biasa digunakan)
Didahului oleh
Diganti oleh
Empayar Ghana
Empayar Bamana
Empayar Songhai
Simbol empayar: Helang
Binatang suci: Helang dan haiwan lain mengikut puak pemerintah seperti singa dan babi hutan.
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "region"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "continent"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "country"

Empayar Mali (Manding: Nyeni atau Niani; juga dikenali sebagai Manden Kurufa atau Manden) ialah sebuah empayar di bahagian barat Afrika pada sekitar tahun 1235 hingga 1610. Empayar ini diasaskan oleh Sundiata Keita dan terkenal dengan kekayaan para pemerintahnya, terutamanya Musa Keita. Empayar ini merupakan empayar terbesar di Afrika Barat dan banyak mempengaruhi budaya di situ melalui penyebaran bahasa, perundangan dan adat empayar kepada kawasan Sungai Niger.

Kebanyakan maklumat berkenaan empayar ini diperoleh dari pakar sejarah Afrika Utara, Ibn Khaldun dan dua orang penjelajah Maghribi, Ibn Battuta pada abad ke-14 dan Leo Africanus pada abad ke-16. Tradisi lisan Mandinka juga merupakan sumber maklumat utama empayar ini.