Kesultanan Benggala

Kesultanan Benggala
Shahi Bangla
شاهی بنگاله(b. Farsi)
শাহী বাংলা (b. Benggali)
شاهي بانغالا(b. Arab)
1352–1576
Bendera Jata
Kawasan paling luas pengaruh pada zaman kemuncak.
StatusKesultanan
Ibu negaraPandua (1352–1450)
Sonargaon (1390–1411)
Gaur (1450–1565)
Tanda (1565–1576)
Bahasa yang umum digunakanbahasa Parsi (rasmi)
bahasa Benggali (umum)
bahasa Arab (bahasa agama)
Agama
Islam Sunnah
KerajaanKerajaan mutlak
Sultan 
• 1342–1358
Shamsuddin Ilyas Shah (pertama)
• 1572–1576
Daud Khan Karrani (terakhir)
Sejarah 
• Penyatuan Benggala
1352
• Penaklukan Mughal
1576
Mata wangTanka
Didahului oleh
Diganti oleh
Kesultanan Delhi
Kesultanan Sonargaon
Kesultanan Satgaon
Kerajaan Mrauk U
Kerajaan Twipra
Kerajaan Pratapgarh
Chandradwip
Kerajaan Karrani Orissa
Empayar Mughal
Kerajaan Mrauk U
Empayar Suri
Kerajaan Twipra
Kerajaan Pratapgarh
Baro-Bhuyan
Sekarang sebahagian dariBangladesh
India
Myanmar
Nepal

Kesultanan Benggala (Benggali: শাহী বাংলা , Parsi: شاهی بنگاله Shahi Bangālah) sebuah kerajaan Islam berpusat di kawasan Benggala di Asia Selatan yang bertahan hampir abad-abad ke-14, ke-15 dan ke-16; ia merupakan kuasa paling dominan sekitar rantau delta pertemuan sungai-sungai Gangga dan Brahmaputra. Kesultanan ini diapit negeri-negeri naungan, termasuk Odisha di barat daya, Arakan di tenggara, dan Tripura di timur.

Kerajaan ini digambarkan oleh para pelawat Eropah dan Cina sezaman sebagai kerajaan yang relatif makmur kerana adanya banyak barang dagangan yang didapati sehingga digambarkan sebagai "negara dagangan terkaya". Ia merupakan pusat perdagangan utama di pesisir Teluk Benggala menarik imigran dan pedagang dari berbagai belahan dunia termasuk sejauh Melaka, China, dan kepulauan terangkum dalam Maldives moden. Kesultanan ini juga merupakan kuasa terbesar dan paling berprestij antara kerajaan-kerajaan Islam bebas sepanjang zaman abad pertengahan. Pada tahun 1500, ibu kota kerajaan Gaur adalah bandar terpadat kelima di dunia.