Masjid Nabawi

Masjid al-Nabawi
ٱلْمَسْجِدُ ٱلنَّبَويّ
Lokasi di Arab Saudi
Info asas
LokasiMadinah, Hijaz, Arab Saudi
Koordinat geografi24°28′06″N 39°36′39″E / 24.468333°N 39.610833°E / 24.468333; 39.610833
AgamaIslam
NegaraArab Saudi
PentadbiranKerajaan Arab Saudi
PemimpinImam:
  • Abdur Rahman Al Huthaify
  • Salaah Al Budair
  • Abdulbari Awadh Al-Thubaity
  • Abdul Muhsin Al-Qasim
  • Hussain Abdul Aziz al-Sheikh
  • Ahmad ibn Taalib Hameed
  • Abdullah Bu'ayjaan
Penerangan seni bina
Jenis seni binaMasjid
Gaya seni binaSeni bina Islam klasik dan kontemporari; Uthmaniyyah; Pemulih Mamluk
Spesifikasi
Kapasiti600,000 (meningkat ke 1,000,000 pada musim Haji)
Bil. menara masjid10
Tinggi menara masjid105 meter (344 ka)

Masjid al-Nabawi (Arab: المسجد النبوي al-Masjid al-Nabawīy), disebut "Masjid an Nabawi" atau "Masjid Nabi" ialah masjid yang kedua paling suci bagi umat Islam. Di sini juga terdapat Makam Rasullullah SAW. Masjidil Haram merupakan masjid paling suci dan Masjid al-Aqsa merupakan masjid ketiga paling suci dalam Islam.

Masjid ini asalnya dibina oleh Rasullullah sendiri, bersebelahan dengan rumah yang baginda diami selepas peristiwa Hijrah pada tahun 622 Masihi. Masjid pertama yang didirikan oleh Rasullullah semasa peristiwa Hijrah ialah Masjid Quba.