Politik Islam


Politik Islam (bahasa Arab: سياسي إسلامي) adalah Politik di dalam bahasa Arab dikenal dengan istilah siyasah. Oleh sebab itu, di dalam buku-buku para ulama dikenal istilah siyasah syar’iyyah. Dalam Al Muhith, siyasah berakar kata sâsa - yasûsu. Dalam kalimat Sasa addawaba yasusuha siyasatan bererti Qama ‘alaiha wa radlaha wa adabbaha (mengurusinya, melatihnya, dan mendidiknya). Bila dikatakan sasa al amra ertinya dabbarahu (mengurusi / mengatur perkara). Bererti secara ringkas maksud Politik Islam adalah pengurusan atas segala urusan seluruh umat Islam. Ulama Islam mendakwa bahawa hanya Khilafah dan Monarki Islam yang sah sistem politik Islam. Dan walaupun mengatakan bahawa sistem politik yang lain adalah dilarang, mereka membenarkan mereka digunakan sebagai jalan untuk umat Islam berkuasa untuk menegakkan pemerintahan Islam.