Ahlul Bait

Ahlul Bait (Arab: أهل البيت) ialah istilah yang bermakna "Orang Rumah", atau keluarga. Dalam tradisi islam, istilah itu mengarah kepada keluarga Nabi Muhammad. Terjadi perbezaan dalam penafsiran baik Muslim Syiah mahupun Ahli Sunah Waljamaah.

Ahli Sunah Waljamaah berpendapat bahawa Ahlul Bait adalah keluarga Nabi Muhammad dalam erti luas, meliputi isteri-isterinya; anaknya Zainab, Ruqayyah, Umm Kulthum dan Fatimah; sepupu dan menantunya, Ali; dan cucu-cucunya, Hassan dan Hussain. Sementara golongan Syiah berpendapat bahawa Ahlul Bait mencakup lima orang sahaja iaitu Ali bin Abi Talib, Fatimah az-Zahra, Hassan dan Hussain sebagai anggota Ahlul Bait (di samping baginda sendiri).