Kekhalifahan Cordoba
Kekhilafahan Córdoba | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 929–1031 | |||||||||
Bendera | |||||||||
Kekhilafahan Córdoba (hijau), s. 1000. | |||||||||
| Ibu negara | Córdoba | ||||||||
| Bahasa yang umum digunakan | Bahasa Arab, Berber, Mozarabic | ||||||||
| Kerajaan | Monarki | ||||||||
| Khalifah Córdoba (Amir al-Mu'minin, Khalifat Allah) | |||||||||
• 929 – 961 | Abd-ar-Rahman III | ||||||||
• 1026–1031 | Hisham III | ||||||||
| Sejarah | |||||||||
• Abd-ar-Rahman III mengistiharkan Khalifah Córdoba | 929 | ||||||||
• Berpecah kepada beberapa kerajaan beraja taifa merdeka | 1031 | ||||||||
| Keluasan | |||||||||
| anggr. 1000. | 600,000 km2 (230,000 bt2) | ||||||||
| |||||||||
| Sekarang sebahagian dari | Andorra Gibraltar (UK) Maghribi Portugal Sepanyol | ||||||||
| Sejarah Al-Andalus |
|---|
|
Penaklukan Muslim (711–732) |
|
Umayyad di Córdoba (756–1031) |
|
Tempoh Taifa Pertama (1009–1110) |
|
Pemerintahan Murabitun (1085–1145) |
|
Tempoh Taifa Kedua (1140–1203) |
|
Pemerintahan Muwahhidun (1147–1238) |
|
Tempoh Taifa Ketiga (1232–1287) |
|
Amiriah Gharnatah (1238–1492) |
|
| Rencana berkaitan |
Kekhalifahan Qurtubiyah (Sepanyol: Califato de Córdoba, Arab: خلافة قُرطُبَة, rumi: Khilāfat Qurṭubah) memerintah Semenanjung Iberia dan Afrika Utara dari bandar Qurtubah (Córdoba) bermula dari tahun 929 M hingga tahun 1031 M. Tempoh ini diwarnai dengan kejayaan ketara dalam bidang perdagangan dan kebudayaan; banyak karya agung Islam Sepanyol dibina dalam tempoh ini, antaranya Masjid Jami Cordoba. Abdul Rahman III mengisytiharkan dirinya sebagai Khalifah pada 16 Januari 929; sebelum ini beliau dikenali sebagai Amir Cordoba (penguasa bandar Cordoba). Kesemua khalifah Cordoba merupakan ahli keluarga Bani Umaiyah. Bani Umaiyah (juga dieja Umayyah, Ummaiyyah atau Umaiyyah) memegang gelaran Amir Cordoba dan memerintah wilayah tersebut sejak tahun 756 M. Khilafah Cordoba mengalami kemerosotan semasa pemerintahan Khalifah Hisham II dan pengganti kepada Perdana Menterinya, al-Mansur ibn Abi al-Aamir. Khilafah Cordoba berakhir pada tahun 1031 M dan telah menjadi beberapa buah kerajaan taifa yang berasingan.