Golongan yang terawal memeluk Islam

Golongan yang terawal memeluk Islam atau al-sabiqun al-awwalun (Arab: السَّابِقُونَ الأَوَّلُونَ, rumi: al-sabiqun al-awwalun) ialah kumpulan orang yang pertama kali memeluk Islam apabila disampaikan seruan dakwah oleh Nabi Muhammad. Pada awal penyebaran Islam, bilangan golongan ini terdiri daripada pelbagai peringkat dari kalangan hamba dan orang merdeka, dari kalangan pembesar dan rakyat biasa.