Polis EVO 3

Polis EVO 3
PengarahSyafiq Yusof
Penulis
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiJordan Chiam
Disunting oleh
  • Lee Pai Seang
  • Nazim Shah
Muzik oleh
  • Ken Hor
  • Lo Shi Seng
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehTGV Cinemas
Tarikh tayangan
  • 25 Mei 2023 (2023-05-25) (Malaysia, Singapura, Brunei)
Masa tayangan
113 minit
NegaraMalaysia
Bahasa
BajetRM 8 juta
Pecah panggungRM 54 juta

Polis EVO 3 merupakan filem aksi komedi Malaysia 2023 arahan Syafiq Yusof. Kesinambungan kepada Polis EVO 2 (2018) dan siri ketiga dalam trilogi Polis EVO, ia dibintangi oleh Shaheizy Sam dan Zizan Razak yang kembali menjayakan watak masing-masing dalam dua filem terdahulu dengan disertai oleh Sharnaaz Ahmad, Farali Khan, Syafiq Kyle, Fauzi Nawawi, Douglas Lim, beserta Nora Danish dan Eyka Farhana yang membuat kemunculan semula. Ia mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru untuk menumpaskan bekas sarjan serta teman rapat Khai, Reza (Sharnaaz Ahmad) yang menjadi pengganas, dan kali ini pasukan mereka disertai oleh tiga pegawai polis yang memiliki kepakaran berbeza.

Penggambaran dijalankan dari November 2019 sehingga Januari 2020 di kawasan Kuala Lumpur, Terengganu dan Pulau Pinang. Setelah penundaan berikutan pandemik COVID-19, filem ini ditayangkan mulai 25 Mei 2023 di pawagam seluruh Malaysia. Setakat Jun 2023, filem ini memperoleh kutipan pecah panggung sebanyak RM50 juta, mengatasi dua filem terdahulunya, dan menjadi filem dengan kutipan tertinggi di Malaysia bagi tahun 2023. Gaya lakonan para pelakon serta babak aksi filem menerima ulasan positif daripada para pengkritik, sementara gaya plot keseluruhan filem juga menimbulkan kritikan oleh sesetengah daripada mereka.