Fauzi Nawawi

Fauzi Nawawi
Kelahiran
Muhammad Fauzi bin Mohd Nawawi

(1973-03-07) 7 Mac 1973
PekerjaanPelakon, pengarah, penulis, penerbit, ahli seni bela diri
Tahun aktif1998–kini
Terkenal keranaWatak Jeff dalam filem Anak Halal
PasanganLisdawati (k. 2007)
Anak-anak8 (termasuk Fareez Fauzi)
IbuSiti Aminah Chin

Muhammad Fauzi Mohd Nawawi (lahir 7 Mac 1973) merupakan seorang pelakon, pengarah dan penerbit lelaki Malaysia. Beliau dikenali dengan watak antagonis dalam filem Anak Halal sebagai Jeff serta peranan ulangan dalam Gerak Khas. Beliau memenangi Pelakon Lelaki Terbaik Drama ASK 2010 menerusi Sebelum Akhirat. Fauzi menduduki kerusi pengarah menerusi filem sulung arahannya, Pak Pong yang ditayangkan pada Februari 2017.