Pengepungan Belgrade (1456)

Pengepungan Belgrade (Nándorfehérvár)
Sebahagian daripada Perang Uthmaniyyah di Eropah
Perang Hungary-Uthmaniyyah

Sebuah lukisan Uthmaniyyah semasa Pengepungan Belgrade 1456
Tarikh4-22 Julai, 1456
Lokasi
Nándorfehérvár, Kerajaan Beraja Hungary (kini di Belgrade, Serbia)
Keputusan Kemenangan muktamad Hungary
Pihak yang terlibat
Kerajaan Beraja Hungary
Tentera Salib yang terdiri dari petani dan rekrut tempatan
Empayar Uthmaniyyah
Komandan dan pemimpin
John Hunyadi
John dari Capistrano
Michael Szilágyi
Sultan Mehmed II
Wazir Besar Zagan Pasha
Kekuatan
Sekitar 4,000 anggota yang bersenjata lengkap
A motley army of some 60,000 (mostly crusader peasants and citizens of Belgrade)
200 boats
30,000; higher estimates of 100,000
200 vessels
Kerugian dan korban
Tidak diketahui 13,000 orang
200 galleys
300 cannons

Pengepungan Belgrade, atau Pertempuran Belgrade atau Pengepungan Nándorfehérvár terjadi antara 4-22 Julai 1456. Selepas kejatuhan Constantinople pada tahun 1453, Sultan Uthmaniyyah Mehmed II mengumpulkan tentera beliau untuk menguasai Kerajaan Beraja Hungary. Objektif utama beliau adalah sebuah kubu sempadan yang terletak di bandar Belgrade (dalam bahasa Hungary Tua Nándorfehérvár). John Hunyadi, seorang Voivode Transylvania, yang telah terlibat dalam banyak pertempuran dengan Turki sejak dua dekad sebelumnya, menyediakan pertahanan kubu.

Pengepungan ini merebak menjadi pertempuran penting, semasa Hunyadi mengetuai serangan balas ke atas kem Uthmaniyah, telah berjaya mencederakan Mehmed II yang mana membuatkan beliau membatalkan kepungan dan berundur. Pertempuran ini menghasilkan keputusan yang penting di mana ia berjaya menstabilkan perbatasan selatan Hungary untuk lebih setengah abad dan oleh itu melambatkan Uthmaniyyah kemaraan ke Eropah.

Paus juga merayakan kemenangan ini, apabila sebelumnya beliau telah mengarahkan kesemua kerajaan beraja Katolik untuk berdoa untuk kemenangan para pertahanan di Belgrade. Peristiwa ini menyebabkan upacara membunyikan loceng pada waktu tengahari yang masih dilakukan oleh gereja-gereja Katolik dan Protestant Tua pada hari ini. Hari Kemenangan, 22 Julai menjadi hari peringatan di Hungary sejak itu.