Perjanjian Sistova

Leopold II
Selim III

Perjanjian Sistova mengakhiri perang Austria-Turki terakhir (1787–91). Ia ditaja oleh Great Britain, Prusia dan Belanda, dan telah ditandatangani di Sistova (kini terletak di Svishtov) dalam negara Bulgaria pada 4 Ogos 1791. Perjanjian ini ditandatangani antara kerajaan Turki Uthmaniyyah di bawah pemerintahan Sultan Selim III dengan Austria. Antara isi perjanjian ini, mengembalikan sempadan kedua - dua kerajaan ini kepada keadaan sebelum perang pada tahun 1787. Ia ditulis didalam bahasa Turki dan Perancis.