Metro Skuad

Metro Skuad
GenreDrama, aksi, jenayah, thriler, misteri, saspens
PenciptaYusof Haslam (idea dan karya asal)
Dibangunkan oleh
Ditulis olehPanel Skrip Skop Productions
Pengarah
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Metro Skuad" oleh James Baum
Lagu penutup"Metro Skuad" oleh James Baum
PenggubahJames Baum
Negara asalMalaysia
Bahasa
Bilangan musim2
Bilangan episod52 (Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Fetty Hj. Ismail
  • Salmah Hj. Ismail
PenerbitYusof Haslam
Penyunting
  • Shahrul Dhoman
  • Murad Man
  • Wan Norhadi Wan Noh
  • Azman Md. Lazim
Lokasi
SinematografiOmar Ismail
Tempoh siaran39โ€“40 minit
Syarikat penerbitan
Skop Productions
Penyiaran
Saluran asalTV2
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal2 Mac 2012 โ€“ 29 Mac 2013
Kronologi
Rancangan berkaitan

Metro Skuad ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2012 terbitan Skop Productions dengan idea dan konsep asal oleh Yusof Haslam. Berlatarkan Ibu Pejabat Polis Putrajaya, ia mengisahkan tentang cabaran yang dihadapi oleh unit elit eponim Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang ditugaskan untuk membanteras jenayah. Siri ini dibintangi oleh Kamal Affandi Hashim, Azad Jasmin, Salina Saibi, Ana Dahlia, Adam Corrie, Amir Arafat, Reenetha Veeraya, Riz Amin, Zack X-Factor dan Farid Wari. Ia bersiaran di TV2 dari 2 Mac 2012 hingga 29 Mac 2013 menggantikan Gerak Khas yang ditamatkan sementara pada 2011.

Sama seperti Gerak Khas, Metro Skuad turut memaparkan kes-kes jenayah yang sering berlaku di negara ini seperti penyeludupan, pembunuhan, rompakan, pemerdagangan manusia dan ceti haram. Ia menjadi drama pertama terbitan Skop Productions yang diterbitkan dalam definisi tinggi.