Kamal Affandi Hashim

Kamal Affandi Hashim
Kelahiran
Kamal Affandi bin Hashim

1967 (umur 57–58)
PekerjaanFasilitator, penganalisis jenayah, pelakon
Tahun aktif2000–kini

Kamal Affandi bin Hashim adalah fasilitator dan penganalisis jenayah di Malaysia dan sering muncul di radio dan televisyen Malaysia terutama 'Black Maria' dan POV di Radio Bernama 24, TV3, Astro dan TV1. Beliau banyak memberi pandangan, cadangan , ulasan dan komentar yang membina bagi menangani aktiviti jenayah yang sering dilaporkan di seluruh Malaysia. Beliau juga aktif dalam bidang lakonan dan pernah berlakon dalam CID 3278 di TV9, Metro Skuad di RTM dan filem KL Gangster 2.

Pada 7 Julai 2011, Kamal Affandi Hashim telah menembak mati seorang yang mengamuk di Flat Valencia, Seksyen 25, Shah Alam. Lelaki itu pernah mengamuk di Kampung Jawa, Klang kira-kira lima tahun sebelum ini. Lelaki itu, Darwis Dusa, 42, berasal dari Kampung Merotai, Tawau, Sabah dan berhijrah ke Lembah Klang sejak 2001.Ekoran kejadian amuk itu, Kamal Affandi dimasukkan ke Pusat Perubatan KPJ. Tulang tapak tangan kanan yang putus telah dibedah, lutut terkoyak sudah dijahit manakala bahu terkehel masih belum sembuh sepenuhnya.