Gerak Khas

Gerak Khas
GenreAksi, drama, jenayah, thriler, misteri, saspens
PenciptaDatuk Yusof Haslam
Dibangunkan oleh
Ditulis olehPanel Skrip Skop Productions
Pengarah
Dibintangi oleh
Lihat di bawah
Penggubah lagu tema
Hafiz Hamidun
Lagu pembukaan"Gerak Khas"
Lagu penutup"Gerak Khas"
PenggubahYusof Kelana
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim20
Bilangan episod1,054 (Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit eksekutifFetty Hj. Ismail
Salmah Hj.Ismail
Syamin Yusof
Syafiq Yusof
PenerbitACP (K) Datuk Yusof Haslam
PenyuntingShahrul Dhoman
Faizal Karim
Wan Norhadi Wan Noh
Lokasi
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran43–44 minit
Syarikat penerbitan
Skop Productions
Penyiaran
Saluran asalRTM:
TV1 (1999–2003, 2004–2006)
TV2 (2003–2004; 2006–2020)
Media Prima:
TV3 (2020–2021)
TVS (2025- Sekarang)
Format gambar
Format audio
Siaran asal5 April 1999 (1999-04-05) – 27 Mac 2021 (2021-03-27)
Kronologi
Rancangan berkaitan

Gerak Khas merupakan sebuah siri drama televisyen kepolisan Malaysia terbitan Skop Productions dengan idea dan konsep asal oleh Yusof Haslam, bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3). Drama ini bersiaran dari 5 April 1999 hingga 27 Mac 2021. Drama ini pernah kembali disiarkan di TV1 pada tahun 2004 sehingga tahun 2006 sempena dengan penjenamaan semula stesen tersebut, kemudian Gerak Khas bersiaran semula di TV2 pada tahun 2006. Siri ini memaparkan kes-kes jenayah yang sering berlaku di negara ini seperti penculikan, penyeludupan, pembunuhan, rompakan, ceti haram, penipuan, dadah dan sebagainya. Siri ini turut mencetukan adaptasi filem yang diterbitkan antara 2001 dan 2005.

Barisan pelakon Gerak Khas bersilih ganti, dengan pengecualian Yusof Haslam, A. Galak, Farid Amirul, Deen Maidin, ACP Shaharon Anuar dan Abby Abadi yang merupakan pelakon asalnya sejak siri ini diperkenalkan. Gerak Khas turut mendapat pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records sebagai “Siri Drama Yang Paling Lama Bersiaran”. Drama ini direhatkan pada Julai 2011 selepas musim terakhirnya disiarkan lalu digantikan oleh Metro Skuad yang disiarkan dari Mac 2012 hingga Mac 2013.

Pada 14 Februari 2014, Gerak Khas kembali menemui penonton selepas hampir tiga tahun direhatkan dengan mengekalkan sebahagian besar daripada pelakon asalnya dengan penambahan pelakon baru. Siri ini kembali dengan musim ke-20 yang memulakan tayangan perdana di TV3 pada 4 Disember 2020 dengan musim ke-20 ini menjadi musim terakhir. Pada 1 Oktober 2021, Gerak Khas kembali bersiaran dengan nafas baru berjudul Gerak Khas Undercover.