TV2

TV2
Ibu pejabat TV2 di Angkasapuri, Kuala Lumpur
NegaraMalaysia
Singapura
Brunei
Thailand
Indonesia
Filipina
Kawasan penyiaran
Slogan
  • Saluran Dunia Anda
    (17 November 1969 - 31 Januari 1990)
  • Saluran Emas
    (1 Februari 1990 - 19 Ogos 2004)
  • Saluran Famili Anda
    (20 Ogos 2004 - 31 Disember 2008)
  • Dunia Ria
    (sejak 1 Januari 2009)
Ibu pejabatWisma TV, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur, Malaysia
Pengaturcaraan
BahasaMelayu (rasmi/utama/nasional)
Inggeris (rasmi/utama/nasional)
Cina (Mandarin) (hanya Berita Bahasa Mandarin)
Tamil (hanya Berita Bahasa Tamil)
Hindi
Korea
Format gambar1080i (16:9/HDTV)
Pemilikan
PemilikRadio Televisyen Malaysia
Pertubuhan indukKementerian Komunikasi Malaysia
Saluran saudara
Sejarah
Dilancarkan
  • 17 November 1969 (1969-11-17) sebagai Rangkaian Kedua
  • 1 April 2019 (2019-04-01)
    (MYTV) (HD)
  • 1 April 2021 (2021-04-01)
    (Astro/NJOI) (HD)
  • 1 Disember 2023 (2023-12-01)
    (Unifi TV) (HD)
Ditutup
Nama lama
  • Rangkaian Kedua
    (17 November 1969 - 31 Mac 1978)
  • RTM2
    (1 April 1978 - 31 Januari 1990 dan 1 April 2006 - 31 Disember 2008)
  • TV2
    (1 Februari 1990 - 31 Mac 2006 dan 1 Januari 2009 - kini)
Pautan
Laman webhttps://tv2.rtm.gov.my/
Ketersediaan
Terestrial
MYTVSaluran 102 (HD)
Satelit
AstroSaluran 102 (HD)
NJOISaluran 102 (HD)
IPTV
Unifi TVSaluran 102 (HD)
Media penstriman
AstroAstro GO / Sooka
MYTVMYTV Mana Mana
Unifi TVunifi PlayTV
RTMKlikTonton secara langsung
TV Malaysia Live OnlineTonton secara langsung
Paparan amaran: Halaman menggunakan Template:Infobox television channel dengan parameter tidak diketahui "sat_chan_2"
Paparan amaran: Halaman menggunakan Template:Infobox television channel dengan parameter tidak diketahui "iptv_chan_1"
Paparan amaran: Halaman menggunakan Template:Infobox television channel dengan parameter tidak diketahui "sat_serv_2"
Paparan amaran: Halaman menggunakan Template:Infobox television channel dengan parameter tidak diketahui "nama_dahulu"
Paparan amaran: Halaman menggunakan Template:Infobox television channel dengan parameter tidak diketahui "slogan"
Paparan amaran: Halaman menggunakan Template:Infobox television channel dengan parameter tidak diketahui "sat_chan_1"
Paparan amaran: Halaman menggunakan Template:Infobox television channel dengan parameter tidak diketahui "iptv_serv_1"
Paparan amaran: Halaman menggunakan Template:Infobox television channel dengan parameter tidak diketahui "sat_serv_1"

TV2 (RTM2 atau Radio Televisyen Malaysia 2, juga dikenali sebagai Rangkaian Kedua atau Rangkaian 2) ialah saluran televisyen terestrial di Malaysia. Saluran itu secara rasminya memulakan siaran pada 17 November 1969 jam 9:00 malam dengan bersiaran 1 jam dan 47 minit sehari bermula dari jam 9:00 malam sehingga 10:47 malam sebagai Rangkaian Kedua. TV2 utamanya ialah di Wisma TV, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur. Kecuali set studio untuk siaran berita TV2 kini bersiaran dari Wisma Berita RTM, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur. TV2 ialah stesen TV kedua dan kedua tertua di Malaysia.

TV1, TV2, TV6, TV Okey, Berita RTM, Sukan RTM dan stesen radio dikawal selia oleh RTM yang mana siarannya berpusat di Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur.

TV2 kini bersiaran di MYTV, Astro/NJOI dan Unifi TV saluran 102 dalam format HD (definisi tinggi). Semua program disertakan dengan sarikata Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Saluran ini disiarkan secara langsung pada perkhidmatan penstriman RTMKlik, Astro GO, Sooka, unifi PlayTV dan MYTV Mana Mana.

Liputan TV1, TV2, TV Okey, Sukan RTM, Berita RTM dan TV6 meliputi hampir keseluruhan sempadan Malaysia–Brunei, Malaysia–Indonesia, Malaysia–Singapura, Malaysia–Filipina dan Malaysia–Thailand di darat dan laut.