Putrajaya

Putrajaya
Prang Besar / Air Hitam
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Transkripsi Lain-lain
 • Jawiڤوتراجاي
 • Cina布城
 • Tamilபுத்ராஜெயா
Bahagian atas kiri ke kanan: Masjid Putra dan Perdana Putra, bangunan Kementerian Kesihatan di bahagian bawah kiri ke kanan: Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya , kompleks kementerian bertingkat tinggi, Presint 1 Putrajaya dari atas
Cogan kata: Bandar raya Taman, Bandar raya Bestari
   Putrajaya di    Malaysia
Koordinat: 2°56′35″N 101°41′58″E / 2.9430952°N 101.699373°E / 2.9430952; 101.699373
Negara Malaysia
Mula didudukis. 1921
Penubuhan19 Oktober 1995
Dijadikan Wilayah Persekutuan1 Februari 2001
Pentadbiran
 • JenisPemerintahan persekutuan
dengan kerajaan tempatan
 • BadanPerbadanan Putrajaya
 • PengerusiFadlun Mak Ujud
Keluasan
 • Jumlah49 km2 (19 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah109,202
 • Kepadatan2,200/km2 (5,800/batu persegi)
Indeks
 • IPM (2023)0.890 (sangat tinggi)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
Poskod
62xxx
Kod panggilan+603-88
Kod ISO 3166MY-16
Min waktu suriaUTC+06:46:40
Nombor plat kenderaanF
Laman sesawangwww.ppj.gov.my

Putrajaya atau (Tulisan Jawi: ڤوتراجاي‎) nama penuhnya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran bagi ibu negara Malaysia. Putrajaya meliputi kawasan seluas 49 kilometer persegi, diduduki lebih 109 ribu orang pada tahun 2020. Majoriti penduduk di bandar ini merupakan Bumiputera, dan sebahagian besarnya merupakan penjawat awam yang bekerja di pejabat kerajaan yang bertempat di ibu kota ini. Putrajaya terletak di kawasan selatan negeri Selangor, berjarak 25 kilometer dari selatan Kuala Lumpur.

Pusat pentadbiran kerajaan Malaysia telah dipindahkan dari Kuala Lumpur ke Putrajaya bermula pada tahun 1999 kerana masalah kesesakan dan kepadatan yang serius di Kuala Lumpur. Namun, Kuala Lumpur masih kekal sebagai ibu negara Malaysia mengikut Perlembagaan, dan kekal sebagai pusat perundangan, kewangan dan komersial negara. Pada 1 Februari 2001, Putrajaya telah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan ketiga di Malaysia, selepas Kuala Lumpur dan Labuan.

Penubuhan Putrajaya merupakan hasil perancangan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, dengan pembangunannya bermula pada Ogos 1995. Pembangunan bandar ini juga dianggarkan menelan kos sebanyak US$8.1 bilion. Kini, bandar ini menempatkan Perdana Putra, kompleks pentadbiran utama kerajaan Persekutuan, kompleks-kompleks kementerian, kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalannya serta kawasan perumahan pekerja kerajaan.