Zachery Francis
Zack X-Factor | |
|---|---|
| Kelahiran | Zachery anak Francis Ubu 25 Ogos 1977 |
| Nama lain | Zac Zafranz, Zac Kree, Zac Diamond |
| Pekerjaan | Penyanyi, model, pelakon |
| Tahun aktif | 1999–kini |
| Pasangan | Jennifer Carterina (k. 2013) |
| Anak-anak | 1 |
Zachery Francis Ubu (lahir 25 Ogos 1977) yang dikenali sebagai Zack X-Factor merupakan seorang penyanyi, model, dan pelakon lelaki Malaysia, berasal dari Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah. Beliau ialah salah seorang ahli kumpulan X-Factor yang meraih kemasyhuran pada dekad 2000-an. Sebagai pelakon, beliau telah membintangi drama TV termasuk Si Capik dan Duyong Aridinata serta filem termasuk Diari Romeo dan Kanang anak Langkau: The Iban Warrior.