Salina Saibi
Salina Saibi | |
|---|---|
سالينا ساءيبي | |
| Kelahiran | Salina binti Saibi 10 Januari 1982 |
| Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
| Pekerjaan | Pelakon, Model |
| Tahun aktif | 2001–kini |
| Pasangan | Azmir Osman (k. 2007) |
| Anak-anak | 2 |
| Ibu bapa | Saibi Yusof |
Salina Saibi (lahir 10 Januari 1982) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan peranannya dalam drama-drama kepolisan seperti CID 3278 (2006–2007) dan Gerak Khas (2007–2021). Sejak memulakan kerjaya lakonan pada 2001, akhirnya pada 2009 beliau memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (FFM22) menerusi watak lakonannya sebagai Amy dalam filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam arahan Syamsul Yusof.